Mohon sekolah utamakan kesihatan murid - Wan Rosdy



KUANTAN, 12 Sept -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini, memohon semua sekolah di negeri ini untuk mengutamakan kesihatan murid dalam situasi jerebu yang dialami negara sekarang. 

Beliau yakin pentadbiran sekolah akan peka dengan keperluan murid yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) jerebu seperti membekalkan penutup hidung termasuk kepada guru dan larangan aktiviti luar kelas. 

"Saya juga berharap sekolah di kawasan terlibat untuk sentiasa berhubung dengan pihak terlibat bagi mengetahui perkembangan terkini yang mana jika kritikal, sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah. 

"Saya berharap SOP ini boleh dipatuhi setiap sekolah khususnya di daerah yang terjejas teruk akibat jerebu supaya murid tidak terkesan teruk dengan keadaan yang kurang menyenangkan ini," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini. 

Wan Rosdy juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga murid untuk akur dengan arahan yang diberikan pihak sekolah, selain mengambil tindakan sewajarnya seperti mengurangkan aktiviti di luar rumah selepas waktu persekolahan. 

Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat 10 pagi ini, Jerantut mencatatkan bacaan sebanyak 116 yang dikategorikan sebagai tidak sihat. 

Tiga lagi daerah mencatatkan bacaan sederhana iaitu Rompin (85), Temerloh (99) dengan dua stesen Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuantan iaitu Indera Mahkota dan Balok Baru masing-masing mencatatkan bacaan 77 dan 76. 

-- BERNAMA 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2