Jerebu: elak aktiviti luar bangunan jika IPU lebih 100

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Sept -- Susulan keadaan jerebu yang masih berterusan, orang ramai disaran mengelakkan aktiviti di luar bangunan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, iaitu dikategorikan sebagai tidak sihat.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara ini perlu diberi perhatian terutamanya kanak-kanak serta mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung yang lebih mudah terjejas akibat terdedah kepada jerebu.

“Sekiranya terpaksa berada di luar, hadkan kepada aktiviti yang sangat penting sahaja dan pendekkan tempoh berada di luar bangunan. Elakkan aktiviti fizikal yang akan meningkatkan kadar pernafasan semasa berada di luar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menasihatkan orang ramai untuk menggunakan penutup hidung dan mulut terutamanya jenis N95 kerana ia paling berkesan untuk kegunaan ketika keadaan berhabuk dan berjerebu.

Mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru hendaklah ke klinik bagi pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak IPU di lokaliti masing-masing dengan melayari laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/, dan mengikuti saranan pihak berwajib bagi setiap julat bacaan IPU.

Menurut JAS, 16 kawasan dilaporkan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sehingga 11 pagi tadi, dengan Johan Setia, Selangor mencatat bacaan 211 iaitu sangat tidak sihat.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2