AS rancang larang penjualan rokok elektronik berperisa

WASHINGTON, 12 Sept -- Amerika Syarikat (AS) merancang untuk melarang penjualan rokok elektronik (e-rokok) berperisa selepas enam orang maut, manakala 450 lagi dilaporkan dijangkiti penyakit paru-paru akibat menghisap rokok berkenaan, lapor agensi berita Xinhua. 

Satu dasar mengenai perkara itu akan digubal Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS dalam waktu terdekat, bertujuan mengekang penjualan e-rokok berperisa yang dijual secara haram menurut kenyataan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia (HHS) pada Rabu.

"Langkah itu jelas menunjukkan pentadbiran Trump mahu menghapuskan pasaran e-rokok berperisa yang dilihat boleh memberi kesan kepada kanak-kanak, keluarga, sekolah dan komuniti," kata Setiausaha HHS Alex Azar.

Syarikat pengeluar seperti Juul dikritik kerana cuba menarik pengguna di kalangan remaja dan kanak-kanak dengan memperkenalkan e-rokok perisa buah-buahan.

Sejumlah lima juta kanak-kanak menggunakan produk e-rokok, kata Azar.

Data awal menunjukkan lebih seperempat pelajar sekolah menengah di AS merupakan pengguna e-rokok dan perisa buah-buahan, mentol atau pudina menjadi pilihan paling popular. 

Sehingga 6 September Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS telah menerima lebih 450 kes penyakit paru-paru, melibatkan pengguna e-rokok berperisa yang dilaporkan di 33 buah negeri. 

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2