Dua kematian akibat denggi direkodkan di Terengganu setakat ini



KUALA TERENGGANU, 12 Sept -- Dua kematian direkodkan akibat denggi di Terengganu setakat September tahun ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar.

Beliau berkata kes terbaharu ialah pada 27 Ogos lepas yang melibatkan seorang lelaki berusia 30 tahun dari Kampung Chepoh di Hulu Terengganu.

"Sebelum itu, satu kematian akibat denggi direkodkan pada 10 Jun lepas di Flat Dusun Nyior dekat Kemaman melibatkan seorang wanita berusia 68 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat 10 Sept lepas, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan 462 kes denggi iaitu peningkatan 65.6 peratus (183 kes) berbanding hanya 279 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Daerah yang mencatatkan bilangan kes denggi tertinggi ialah Kuala Terengganu (208 kes) diikuti Marang (69 kes), Kuala Nerus (51 kes), Dungun (45 kes), Kemaman (29 kes), Hulu Terengganu (27 kes), Besut (22 kes) dan Setiu (11 kes).

Sehubungan itu, Dr Mohd menyeru orang ramai supaya  mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit seminggu untuk membersihkan kawasan luar dan dalam rumah daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes manakala pihak berkuasa tempatan disaran memastikan tempat-tempat tumpuan awam bebas daripada bekas-bekas yang mendorong pembiakan nyamuk Aedes. 

Katanya bagi mengatasi wabak denggi, satu gotong-royong mega kali kedua untuk tahun ini akan diadakan pada 21 Sept di seluruh negeri Terengganu dan pelancaran perasmiannya akan diadakan di Kampung Tok Adis, Kuala Ibai, di sini.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2