Lee Lam Thye
KUALA LUMPUR, 12 Sept -- Gejala bunuh diri boleh dicegah sekiranya semua pihak memainkan peranan termasuk mengenali tanda-tanda awal yang mendorong mereka yang mahu melakukan perbuatan itu, kata Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye.
Merujuk kepada laporan Kementerian Kesihatan mengenai kes bunuh diri yang semakin meningkat di negara ini, Lee berkata 80 peratus daripada mereka yang berfikir untuk membunuh diri menunjukkan tanda-tanda amaran di mana ia tidak dilakukan untuk menarik perhatian, sebaliknya bagi mendapatkan bantuan.
"Apabila kita mengenali tanda-tanda amaran ini, kita mungkin dapat campur tangan dan menawarkan bantuan.
Orang yang mempunyai fikiran untuk membunuh diri biasanya sukar mempercayai orang lain dan tidak berdaya. Kemerosotan dan ketidakberdayaan emosi ini menyebabkan mereka rasa terpencil, seolah-olah kelihatan tiada siapa peduli.
"Masyarakat boleh mengubahnya dengan menawarkan penjagaan dan empati termasuk melengkapkan diri kita kemahiran mendengar dan sokongan seperti berada di sisi mereka yang berdepan dengan masalah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Lee berkata golongan tersebut juga boleh mendapatkan bantuan di mana-mana klinik kesihatan, Pusat Mental dan Psikiatri (MENTARI) atau talian bantuan seperti Befrienders yang beroperasi 24 jam untuk mendapatkan seseorang berkongsi dan meluahkan masalah yang dihadapi.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN