Meningkatkan kemudahan hospital diutamakan di Sabah - Poon

KENINGAU, 12 Sept -- Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat merancang untuk meningkatkan kemudahan di hospital utama di negeri ini, terutama membabitkan ruang letak kereta bagi menampung keperluan pelanggan dan kakitangan hospital.

Menterinya Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata kementeriannya telah membuat perancangan dan kajian terperinci berkaitan perkara ini, sebelum ia dilaksanakan.

"Kita telah kemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pertimbangan" katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Lawatan Amal Bersama Institusi Kebajikan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong peringkat negeri di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni dengan meraikan 100 kanak-kanak istimewa dan dari keluarga miskin.

Poon berkata ruang letak kereta adalah isu dan masalah yang perlu diselesaikan di hospital negeri ini, khususnya di kawasan bandar utama.

"Kita berharap perancangan ini dapat dilaksanakan agar masalah ruang letak kereta dapat diatasi" katanya.

Selain itu, Poon berkata, kementeriannya merancang untuk menaik taraf kemudahan klinik kesihatan di negeri ini.

"Kita sedar bahawa banyak masalah yang perlu diatasi di klinik-klinik kesihatan di negeri ini, bagi keselesaan pesakit dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2