Jerebu boleh sebabkan radang mata, lelah



KOTA BHARU, 14 Sept -- Keadaan jerebu pada tahap sederhana di Kelantan ketika ini masih tidak menjejaskan kesihatan, namun orang ramai diingatkan supaya mengambil tindakan sekiranya ada simptom berkaitan jerebu.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Prof Dr Wan Hazabah Wan Hitam berkata mereka yang mudah terjejas dengan jerebu biasanya disebabkan oleh partikulat ampaian dalam udara.

"Apabila berlaku pembakaran, ampaian seperti habuk halus berada di udara dan ukuran tahap jerebu ini bergantung kepada kuantiti ampaian sekaligus memberi kesan kepada mereka yang mengalami alergik.

"Zarah halus ini boleh masuk ke hidung dan mata yang menyebabkan boleh berlaku radang paru-paru, resdung dan keradangan mata yang dipanggil konjunktivitis," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai gejala jerebu yang berlaku di negara ini termasuk di Kelantan apabila Pengarah Meteorologi Kelantan Rabiah Zakaria mengesahkan negeri ini berada pada tahap sederhana sejak Ogos lalu.

Bagaimanapun,sehingga semalam beberapa negeri di Semenanjung termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan merekodkan peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada sederhana kepada tahap tidak sihat iaitu melebihi 101.


Prof Dr Wan Hazabah Wan Hitam

Prof Dr Wan Hazabah berkata biarpun tahap jerebu di Kelantan belum serius, beliau mengingatkan orang ramai terutama mereka yang bekerja di luar rumah dan lebih terdedah, diminta mengurangkan aktiviti di luar.

"Peringatan awal ini diberikan terutama bagi pesakit mata, mereka akan rasa pedih, mata berair dan merah serta tidak selesa, jadi  diharap perlu segera berjumpa doktor di klinik atau hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan.

"Bagi mereka yang mengalami penyakit asma (lelah) juga diminta elak berada di luar rumah kerana lebih cenderung mengalami batuk berkahak, sekaligus sesak nafas dan beberapa penyakit yang berkaitan boleh berlaku," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2