Pesakit luar di hospital kerajaan meningkat berikutan jerebu



PUTRAJAYA, 17 Sept -- Terdapat peningkatan antara 20 peratus dan 30 peratus pesakit luar di hospital-hospital kerajaan ekoran situasi jerebu yang melanda negara, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, terdapat peningkatan 30 peratus pesakit di perkhidmatan oftalmologi yang membabitkan kes mata kering dan alergi konjunktivitis.

"Kami ingin tegaskan fasiliti kesihatan khususnya klinik Kementerian Kesihatan bersiap siaga untuk menangani peningkatan mendadak (kes) akibat jerebu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia yang Pertama dan Seminar Keselamatan Pesakit di sini hari ini.

 Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan Dr Nor Fariza Ngah berkata kebanyakan pesakit yang mendapatkan rawatan di 42 hospital kerajaan mengalami alergi konjungtivitis yang tidak berjangkit.

Tetapi ia menyebabkan ketidakselesaan seperti mata merah, berair dan menyebabkan kes mata kering meningkat, katanya.

"Kita nasihati pesakit pakai artificial tears yang sesuai dan kurangkan pendedahan kepada aktiviti luaran," katanya yang juga pakar perunding mata di Hospital Shah Alam.

Beliau menegaskan hospital Kementerian Kesihatan mempunyai bekalan ubat yang mencukupi terutamanya untuk menghadapi situasi bermusim sedemikian dan telah belajar daripada musim jerebu yang lepas supaya lebih bersedia.

Menurut Dr Nor Fariza, pesakit yang mendapatkan rawatan mata di Hospital Shah Alam berganda daripada 40 orang sehari kepada 80 orang sehari berikutan jerebu.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2