Kes URTI, jangkitan mata di N.Sembilan meningkat akibat jerebu



SEREMBAN, 17 Sept  -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memantau tiga penyakit melibatkan jangkitan saluran pernafasan (URTI), jangkitan mata dan asma di negeri ini berikutan jerebu yang sedang melanda ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S. Veerapan dalam kenyataan di sini, malam ini berkata berdasarkan pemantauan kes URTI di Klinik Kesihatan Nilai, terdapat peningkatan kes sebanyak 28.5 peratus pada minggu epid ke-37 berbanding minggu epid ke-36.

Katanya, berbanding minggu epid ke-36, kes pemantauan jangkitan mata juga meningkat sebanyak 33.3 peratus pada minggu epid ke-37.

Bagaimanapun, tiada  peningkatan kes asma dilaporkan, katanya.

"Bagi pemantauan kes di fasiliti kesihatan di Port Dickson, tidak menunjukkan sebarang peningkatan kes jangkitan mata, URTI dan asma," katanya di sini. 

Veerapan dalam pada itu turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar termasuk aktiviti fizikal dan menggunakan penutup hidung dan mulut sekiranya berada di luar premis.

Sehingga 10 malam ini, daerah Nilai mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu pada paras 206 manakala dua lagi kawasan iaitu Port Dickson dan Seremban masing-masing merekodkan bacaan 188 dan 170.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018