Masyarakat digalak jadi penderma sel stem darah - Dzulkefly



KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Masyarakat di negara ini digalakkan menjadi penderma sel stem darah dalam usaha membantu pesakit antaranya penghidap leukemia dan limfoma untuk sembuh, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata pihaknya dalam usaha meningkatkan kesedaran umum mengenai pemindahan sel stem darah kerana tahap kesedaran masyarakat untuk menderma kini belum memuaskan. 

“Kita harap tahap kesedaran umum dapat ditingkatkan supaya mereka menjadi penderma bagi menyelamatkan nyawa pesakit lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan 20 Tahun Perkhidmatan Pemindahan Sel Stem Darah di Hospital Ampang dan Sambutan ‘World Marrow Donor Day’ 2019 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan Dr Jameela Sathar dan Pengarah Hospital Ampang Dr Ghazali Abd Manaf.

Dr Dzulkefly berkata melalui program yang bertemakan ‘Be the match, Be a donor’ itu, tahap kesedaran masyarakat mengenai menderma sel stem darah dapat ditingkatkan.

Setakat ini, Hospital Ampang telah melakukan lebih 2,000 pemindahan sel stem darah antaranya melibatkan penderma alternatif sama ada daripada penderma tanpa tali persaudaraan dan saudara pesakit, katanya. 

Sementara itu, Dr Jameela berkata prosedur pemindahan sel stem sememangnya rumit, bagaimanapun negara sudah mencapai tahap antarabangsa dalam melaksanakan perkhidmatan itu.

“Kami mengharapkan lebih ramai penderma tampil supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan...ini sangat penting kerana penyakit leukimia dan limfoma ancam nyawa… mereka yang gagal dengan rawatan kimoterapi harapan terakhir adalah dengan pemindahan sum-sum tulang,” katanya.

Sel stem boleh diperolehi daripada salur darah, sum sum tulang atau darah daripada tali pusat bayi yang baru dilahirkan. 

Sel-sel itu boleh menghasilkan pelbagai jenis komponen darah yang diperlukan untuk merawat pesakit. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018