Empat klinik sentinel pantau penyakit akibat jerebu di Kedah



ALOR SETAR, 20 Sept  -- Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengadakan pemantauan secara harian terhadap empat klinik sentinel iaitu klinik kerajaan yang dipilih bagi memantau trend penyakit akibat kesan jerebu di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata empat klinik itu adalah Klinik Kesihatan (KK) Jalan Putra, Alor Setar; KK Bakar Arang, Sungai Petani; KK Kulim dan KK Kuah, Langkawi.

“Pemantauan trend penyakit berkaitan jerebu seperti Jangkitan Saluran Pernafasan Atas, sakit mata dan asma dilakukan secara harian di empat klinik sentinel terpilih dan semua hospital di negeri ini.

“Selain itu, kita turut menjalankan pendidikan kesihatan berkaitan nasihat penjagaan kesihatan semasa jerebu kepada masyarakat melalui edaran risalah di fasiliti kesihatan, media sosial dan hebahan radio,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan jerebu seperti Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia bagi memantau situasi jerebu dari semasa ke semasa.

Dr Norhizan turut mengingatkan masyarakat supaya mengelakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu yang boleh menyebabkan berlakunya masalah kesihatan.

“Aktiviti fizikal akan menyebabkan peningkatan kadar pernafasan yang boleh meningkatkan risiko penyakit akibat jerebu. Sebarang aktiviti fizikal di luar bangunan dinasihatkan supaya ditangguhkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

“Jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai seperti N95 dan sekiranya tiada, boleh menggunakan penutup hidung dan mulut tiga lapis kerana ia lebih baik daripada tidak memakai perlindung pernafasan langsung,” katanya.

Katanya penggunaan penutup hidung dan mulut yang diperbuat daripada kain sama sekali tidak dapat melindungi pemakai daripada partikel yang terkandung dalam jerebu.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018