Stok mencukupi untuk topeng N95 - pembekal



KUALA LUMPUR, 20 Sept  -- Meskipun banyak permintaan untuk topeng muka jenis N95 di pasaran susulan keadaan jerebu yang bertambah buruk, terdapat beberapa farmasi dan kedai perkakasan tidak menyimpan stok yang mencukupi untuk dijual kepada orang ramai, kata pembekal.

Pengurus bagi Bahagian Keselamatan Peribadi 3M Malaysia Sdn Bhd, Wong Siew Hooi berkata, terdapat beberapa pembekal tidak menyimpan stok yang banyak untuk perlindungan pernafasan kerana barang itu pada umumnya dalam kategori produk kurang jualannya dan tidak diperlukan pada kebanyakan masa.

“Kebanyakan masa, permintaan untuk perlindungan pernafasan tidak tinggi yang menyebabkan farmasi tidak menyimpan kuantiti yang besar. Tetapi dengan keadaan jerebu yang teruk sekarang ini, pembekal mungkin menghadapi sedikit masalah dalam memenuhi permintaan yang tiba-tiba mendadak,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual di ibu pejabat 3M Malaysia di sini, hari ini.

Beberapa hari yang lepas, stok topeng muka N95 amat berkurangan di farmasi dan dalam talian kerana orang ramai menyedari pentingnya penggunaan topeng muka bagi melindungi diri mereka daripada jerebu yang menyelubungi negara keseluruhannya.

Terdapat beberapa jenis alat pelindung pernafasan hidung dan mulut, tetapi jenis N95 disyorkan oleh Kementerian Kesihatan kerana ia boleh menapis sekurang-kurangnya 95 peratus zarah yang berukuran 0.3 mikron dan ia berkesan apabila digunakan dengan betul dan sesuai dengan muka si pemakai.

Wong berkata, sejak jerebu bertambah teruk dan negara dalam keadaan kritikal sejak dua minggu lepas, 3M melakukan yang terbaik untuk membekalkan stok topeng muka N95 di seluruh negara.

Beliau berkata, 3M akan memastikan harga topeng muka N95 tidak dinaikkan kerana orang ramai perlu dilindungi semasa krisis jerebu.

Sebagai antara pembekal utama topeng muka itu, 3M secara aktif terlibat dalam kempen kesedaran orang ramai sejak dua bulan lepas apabila jerebu bermula bagi memastikan orang ramai dimaklumkan akan keberkesanan topeng muka N95.

Ini termasuk menyediakan video pendidikan, poster, bertemu media, meletakkan 3M Safety Flagship Store di Lazada,serta kerjasama dengan pihak berkenaan seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018