ACHP 2019 platform terbaik sebar maklumat, ilmu mengenai psikologi kesihatan

KOTA KINABALU, 20 Sept -- Persidangan 7th Asian Congress Off Health Psychology (ACHP) 2019 merupakan platform terbaik untuk menyebarkan maklumat serta ilmu berfeadah mengenai psikologi kesihatan yang kemudiannya membawa manfaat kepada negara dan rantau ini, kata Pembantu Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah Jenifer Lasimbang.

Beliau berkata apabila disebut mengenai psikologi kesihatan, negara sangat menitik beratkan dan menjadikan kesihatan mental sebagai suatu agenda penting di peringkat kebangsaan. 

“Ini dapat disaksikan dengan adanya mesyuarat dan pasukan petugas khas di peringkat kebangsaan mengenai kesihatan mental sebelum ini susulan beberapa kejadian berkaitan kesihatan mental yang merunsingkan negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan itu di sini hari ini.

Beliau berkata sokongan emosi bagi seseorang yang mempunyai perasaan untuk membunuh diri sangat diperlukan. 

“Pihak masyarakat perlu tahu dan sensitif terhadap tanda-tanda amaran dan bagaimana untuk memberi sokongan emosi terutama kepada mereka yang berada dalam kemurungan dan mempunyai ciri-ciri untuk membunuh diri.

Persidangan selama tiga hari bermula semalam itu dijayakan dengan usaha sama Universiti Malaysia Sabah (UMS), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), dan Asian Society of Health Psychology (ASHP).

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2