LIAM jangka 5,000 penderma darah dalam kempennya

Ketua Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Mark O'Dell (tiga, kiri) melancarkan kempen kesedaran kesihatan dan derma darah seluruh negara pada pelancaran di sebuah pasar raya hari ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Promosi LIAM Ramzi Toubassy (kiri).

KUALA LUMPUR, 20 Sept -- Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) menjangka dapat menarik lebih 5,000 penderma darah menerusi program tanggungjawab sosial korporat tahunannya, iaitu “Kempen Kesedaran dan Derma Darah Seluruh Negara 2019”.

Pengerusi Jawatankuasa Promosi Industri LIAM, Ramzi Toubassy berkata, jumlah penderma yang dijangkakan itu lebih tinggi berbanding 2,000 penderma pada tahun lepas, dengan harapan dapat meningkatkan bekalan darah di Pusat Darah Negara semasa musim percutian ini.

“Pada masa kini, kempen itu yang bermula pada 1 Sept telah dijalankan di 26 lokasi dengan catatan kira-kira 2,100 penderma dan kami berharap ia akan menarik 2,200 penderma lagi atau lebih di lokasi akan datang.

“Dalam semangat penyayang, berkongsi dan memberi, industri ini berharap rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan rakyat akan tampil menderma darah kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang bagi memupuk perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya kepada Bernama selepas melancarkan kempen berkenaan di sini, hari ini.

Kempen seluruh negara itu dianjurkan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ke-62.

Program derma darah itu ditetapkan di lebih 40 tempat strategik yang bermula di Aeon Mall Kinta City 2, Ipoh, Perak dan akan berakhir di Menara Prudential, Kuala Lumpur pada 18 Okt.

Dengan tagline ‘Donate Blood, Save Up to 3 Lives’ (Derma Darah, Selamatkan Sehingga 3 Nyawa), kempen itu diadakan dengan kerjasama LIAM menerusi platform perkhidmatan komunitinya, Insurans Hayat Cares, dengan Pusat Darah Negara dan National Association of Malaysian Life Insurans and Family Takaful Advisory (NAMLIFA).

Sebagai tambahan, LIAM juga bekerjasama dengan KPJ Healthcare Bhd dan Insitut Jantung Negara bagi menawarkan saringan kesihatan dan konsultasi secara percuma, ujian fleksibel dan klinik anti-merokok bagi pengunjung di Mall Tesco Kepong Village, hari ini dan esok.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O’Dell menggesa semua rakyat Malaysia agar menyertai kempen itu bagi membantu mereka yang memerlukan darah di lokasi tertentu seluruh negara.

“Darah yang anda derma memberi satu lagi peluang kehidupan kepada seorang yang lain, satu hari nanti, mungkin ada keluarga terdekat, sahabat, insan tersayang atau malahan anda sendiri,” kata O'Dell.

Beliau berkata rasional di sebalik tagline itu kerana terdapat tiga komponen dalam darah yang berfungsi secara berbeza iaitu platlet, sel darah merah dan plasma.

Kempen itu akan diteruskan di semua daerah di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan untuk butiran lanjut, orang ramai boleh layari www.liam.org.my untuk maklumat lokasi yang terlibat dengan kempen itu.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018