Topeng muka perlu ditukar atau dicuci selepas pakai empat ke enam jam

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Orang ramai dinasihat supaya menukar atau mencuci topeng muka selepas menggunakannya selama empat hingga enam jam bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit lain dalam keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Kebangsaan Kementerian Kesihatan Datuk Dr R. Kannan berkata tempoh pemakaian sesuatu topeng muka itu juga bergantung kepada kualiti bahan yang digunakan.

Beliau berkata orang ramai boleh terdedah kepada masalah lain sekiranya tidak menukar atau mencuci topeng muka yang dipakai kerana kuman mungkin terkumpul pada topeng itu.

“Tengok keadaan macam mana dia (orang ramai) pakai. Kalau dia pakai lama, elok hanya empat jam sahaja sebab lepas empat jam, mungkin akan ‘generate’ kuman dan sebagainya.

“Kadang-kadang ada orang pakai sampai dua ke tiga hari, itu tidak elok,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Dr Kannan turut meminta supaya orang ramai yang berada di luar bangunan menggunakan topeng jenis N95 dan bukan topeng muka pembedahan yang sering digunakan selama ini.

“Pakai mask N95, kerana 95 peratus ia akan hadang habuk-habuk ketika jerebu ini. ‘Surgical mask’ tak berapa sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihatkan orang ramai supaya minum air secukupnya setiap hari, lebih baik jika boleh menggandakan pengambilan air berbanding sebelum ini.

“Biasanya kita cakap lapan gelas (pengambilan air), kalau boleh dapat gandakan minuman tu, apa yang diminum setiap hari, gandakan sahaja sebab lagi banyak minum air, lagi banyak dapat bersihkan paru-paru kita dan sebagainya,” katanya sambil menyarankan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar.

Kualiti udara di negara ini pada keseluruhannya bertambah baik pada Sabtu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pagi ini menunjukkan penurunan dan tiada kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat.

Malaysia dilanda keadaan jerebu sehingga menyebabkan banyak sekolah ditutup dan penganjuran beberapa majlis terpaksa ditangguh di seluruh negara.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018