SHAH ALAM, 21 Sept -- Bilangan kes asma, konjuntivis dan jangkitan saluran pernafasan di Selangor tidak merekodkan peningkatan ketara, susulan jerebu yang melanda negeri itu.
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata hasil pemantauan pihaknya setakat ini, penyakit asma meningkat 25 peratus manakala konjuntivis dan jangkitan saluran pernafasan masing-masing tiga peratus.
"Ketiga-tiga penyakit ini menunjukkan peningkatan sejak minggu lepas susulan keadaan jerebu yang melanda Selangor pada waktu itu agak teruk.
"Bagaimanapun peningkatan ini disifatkan tidak ketara, dan kita yakin ia adalah hasil kesedaran orang ramai yang telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengurangkan aktiviti luar rumah dan memakai topeng penutup muka dan mulut ketika berada di luar rumah, "katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penderma Darah Peringkat Selangor di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Perkhidmatan Transfusi Negeri Selangor Dr Nafishah Ahmad.
Mengulas lanjut, Dr Khalid berkata bagaimanapun pihaknya akan terus memantau perkembangan kes penyakit itu menerusi lima klinik sentinel iaitu Klinik Kesihatan (KK) Seksyen 7 Shah Alam, Kota Damansara, Pandamaran, Kuala Selangor dan Telok Datok.
Katanya, langkah itu dibuat supaya orang ramai diberikan rawatan awal selain bagi memastikan penyakit berkaitan jerebu itu tidak terus meningkat dan berada pada tahap membimbangkan.
Sementara itu mengulas mengenai Hari Penderma Darah itu, Dr Khalid menyeru supaya masyarakat terus menjalankan tanggungjawab menderma darah bagi memastikan bekalan darah di negeri itu terus mencukupi.
"Setakat ini bekalan darah kita mencukupi disebabkan penderma sedia ada menderma darah secara berulang.
"Kita dapati kira-kira 55 peratus adalah penderma yang sama, jadi kita mahu seru masyarakat yang boleh menderma darah dan belum pernah menderma supaya berbuat demikian," katanya.
Jelasnya, pada tahun lepas kutipan darah yang berjaya di kutip adalah sebanyak 27,709 beg darah yang mana 93 peratus daripada jumlah tersebut adalah hasil kutipan kempen bergerak dan hanya tujuh peratus di perolehi dari Pusat Darah Negara.
Katanya, bekalan darah ini bukan sahaja digunakan untuk hospital daerah seperti Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Shah Alam, tetapi juga termasuk hospital swasta berdekatan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN