Ibu bapa perlu hadkan penggunaan peranti elektronik oleh anak



KUALA LUMPUR, 22 Sept  -- Pihak yang berkenaan, terutamanya ibu bapa, perlu mengehadkan penggunaan peranti elektronik seperti tablet atau telefon pintar oleh anak mereka bagi mengelak penglihatan mereka daripada menjadi rosak, kata Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata sebuah penyelidikan global merumuskan bahawa kanak-kanak tidak boleh didedahkan kepada peranti elektronik seperti tablet, telefon pintar atau televisyen selama lebih dua jam seminggu bagi mengelak implikasi serius terhadap mata mereka.

"Ini bermakna kanak-kanak hanya boleh dibenarkan untuk bermain peranti seperti itu kira-kira  17 minit setiap hari. Pada Mac 2017, Kementerian Pendidikan memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa penggunaan peranti elektronik yang berpanjangan merupakan satu daripada penyumbang utama kepada kecacatan penglihatan dalam kalangan pelajar sekolah.

"Menurut kementerian itu, pada 2017, 6.3 peratus pelajar Tahun Satu  mengalami kecacatan penglihatan manakala pelajar Tahun Enam pula 4.1 peratus, dan Tingkatan Tiga 2.7 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lee turut merujuk kepada kenyataan pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM)  Wan Elhami Wan Omar bahawa kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun sangat tidak digalakkan untuk didedahkan kepada peranti elektronik.

"Mereka seharusnya didedahkan kepada aktiviti luar dan mendapat cukup cahaya matahari serta menikmati keindahan alam semula jadi. Sekiranya masalah ketagihan gajet tidak segera diselesaikan, saya bimbang ia bukan sahaja akan merosakkan penglihatan pelajar tetapi akan turut mengakibatkan masalah sosial yang lain seperti pornografi dan buli siber," katanya.

Lee mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, merangkap Pengerusi MCPF baru-baru ini, yang menyuarakan kebimbangannya berhubung ketagihan gajet dalam kalangan masyarakat, dengan kanak-kanak di usia seawal dua hingga tiga tahun telah mula bermain gajet atau peranti digital.

Beliau dipetik sebagai berkata masalah 'dadah digital' berlaku apabila seseorang individu itu menghabiskan masa lebih daripada empat jam menggunakan Internet untuk sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengan pekerjaan atau pembelajaran.

Merujuk kepada Kajian Pengguna Internet 2018 yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pula, beliau berkata ia mendapati purata tempoh melayari internet di Malaysia adalah 6.6 jam sehari, dengan 93.1 peratus pengguna mengakses internet melalui telefon pintar.

Timbalan perdana menteri berkata penggunaan internet yang ekstrem boleh mengakibatkan penggunanya menjadi ketagih sehingga mengancam kesihatan fizikal dan mental.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018