TAIPING, 22 Sept -- Jabatan Kesihatan Perak menasihatkan orang awam supaya meningkatkan kesedaran dengan memastikan pengambilan ubat yang diambil adalah berdaftar.
Pengarahnya, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata langkah itu perlu kerana pengambilan ubat yang tidak selamat boleh membahaya dan memudarat kesihatan.
“Kita hendaklah mengenali ubat dan menjadikan farmasi sebagai rujukan apabila mengambil ubat. Orang ramai yang masih keliru mengenai sesuatu ubat boleh berjumpa dan mendapatkan perkhidmatan daripada pegawai farmasi.” katanya semasa berucap pada majlis perasmian Hari Farmasi Sedunia peringkat negeri di sini, hari ini.
Program itu turut mengadakan pameran dan penerangan mengenai ubat bersempena Hari Farmasi Sedunia yang bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna tentang penggunaan ubat secara rasional dan menyediakan pengguna dengan pelbagai isu terkini berkaitan dengan kesihatan dan pengubatan.
Selain itu, program itu mempromosikan peranan ahli farmasi sebagai sumber rujukan yang tepat dan boleh dipercayai dalam pengetahuan mengenai ubat-ubatan.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya sentiasa membuat pemantauan ke atas pesakit yang mendapatkan rawatan berikutan keadaan jerebu sekarang.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN