KUALA LUMPUR, 23 Sept -- FOMEMA Sdn Bhd (FOMEMA) mengambil langkah penambahbaikan dalam operasinya dengan menyediakan pilihan pembayaran baharu bagi yuran pendaftaran Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing menggunakan kad debit atau kredit Visa dan MasterCard.
Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA Kelen Leong Choy Fun berkata dalam satu kenyataan hari ini pilihan pembayaran baharu itu kini boleh digunakan majikan di semua cawangan FOMEMA dan tambahan terkini kepada tiga pilihan pembayaran untuk pendaftaran manual di cawangan menggunakan cek jurubank, draf bank, kiriman wang dan menerusi kaedah dalam talian menggunakan CIMB Clicks.
“Penyediaan bayaran menerusi pembayaran menggunakan kad Visa dan MasterCard di semua cawangan FOMEMA sudah pasti akan memudahkan proses pendaftaran kepada majikan yang memilih melakukannya secara manual,” katanya.
Beliau berkata bagi pendaftaran secara manual di cawangan agensi itu, majikan perlu terlebih dahulu mengisi borang pemeriksaan perubatan yang boleh dimuat turun daripada lawan sesawang korporat FOMEMA, www. fomema.my.
FOMEMA mengendalikan program penyaringan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing secara menyeluruh di Malaysia bagi pihak Kementerian Kesihatan sejak 1997.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN