PUTRAJAYA, 24 Sept -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berpuas hati dengan dengan tahap kesiapsiagaan yang dipamerkan warga Kementerian Kesihatan di blok E7 di sini bagi menghadapi kecemasan kebakaran.
Kementerian Kesihatan hari ini mengadakan simulasi kebakaran yang dikatakan berpunca dari litar pintas di aras enam blok E7 yang mempunyai 13 tingkat ketika 876 petugas sedang bekerja.
Dua petugas yang terperangkap berjaya dibawa turun menggunakan skylift Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang tiba di lokasi selepas lima minit mendapat panggilan sementara dua lagi petugas yang cedera diberikan rawatan oleh pasukan perubatan yang tiba dalam masa 10 minit.
"Semua petugas berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari bangunan pejabat mengikut masa yang ditetapkan," kata Dr Dzulkefly kepada pemberita ketika meninjau simulasi kejadian kebakaran di kementerian itu di sini hari ini.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN