PUTRAJAYA, 24 Sept (Bernama) -- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengkaji dan meneliti mekanisme pelaksanaan cadangan mewujudkan bank data asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan dimasukkan dalam sijil kelahiran.
JPN dalam kenyataannya hari ini berkata kajian menyeluruh diperlukan kerana pelaksanaan itu akan turut melibatkan agensi berkepentingan lain seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia.
"Terdapat aspek-aspek perundangan dan dasar yang perlu diwujudkan dan diperhalusi sebelum diputuskan pelaksanaan sepenuhnya," kata JPN.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan JPN mengusul diwujudkan bank data DNA dan dimasukkan dalam sijil kelahiran agar dapat mengekang ketirisan untuk jangka masa panjang.
JPN dalam kenyataan hari ini turut menjelaskan mengenai pendaftaran lewat kelahiran di mana proses permohonan berkaitan masih boleh dibuat di mana-mana cawangan JPN berhampiran.
"Walau bagaimanapun pertimbangan bagi kelulusan permohonan akan diputuskan oleh panel khas di Putrajaya dan bukan lagi di peringkat negeri,” kata JPN.
JPN berkata proses yang sama juga akan diguna pakai bagi permohonan daftar lewat kad pengenalan.
"Panel bagi kedua-dua permohonan ini akan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara," kata JPN.
Menurut JPN penambahbaikan bagi permohonan daftar lewat sama sekali tidak perlu dibimbangkan kerana permohonan berkaitan masih akan diterima seperti biasa.
"JPN memberi jaminan ianya tidak akan membebankan orang ramai terutamanya penduduk di kawasan pedalaman yang mempunyai isu logistik untuk hadir ke pejabat JPN," katanya.
JPN berkata penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) pendaftaran lewat kelahiran dan pendaftaran lewat kad pengenalan di peringkat JPN adalah bagi memastikan proses berkaitan dilaksanakan secara telus dan berintegriti sekali gus mengelakkan peluang salah guna kuasa.
"JPN komited untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan SOP yang telah diputuskan bagi memastikan tiada lagi kes pemalsuan dokumen terjadi akibat salah laku pihak yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan dokumen secara tidak sah," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN