Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Gambar fail)
PUTRAJAYA, 26 Sept -- Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan punca kematian 12 Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Kelantan, bukan kerana keracunan logam berat, tetapi disebabkan wabak demam campak.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan keputusan analisa sampel persekitaran dan laporan forensik terhadap 12 kematian yang dilaporkan, empat mayat daripada kematian itu disahkan tidak berpunca dari keracunan logam berat, manakala lapan kematian mempunyai kaitan epidemiologi dengan wabak demam campak.
Beliau berkata beberapa sampel persekitaran seperti sumber air minum, tanah dan makanan seperti ikan masin kering, telah diambil untuk diuji kehadiran logam berat, mikroorganisma dan racun perosak.
"Hasil pemeriksaan mendapati sumber air minum orang Asli iaitu air tandak, sungai dan telaga mematuhi nilai piawai kualiti air mentah untuk minuman dan bebas racun makhluk perosak, namun sumber air minum tersebut tercemar dengan beberapa bakteria patogenik," katanya dalam sidang media di sini Rabu.
Sambil menolak dakwaan punca kematian orang Asli Kampung Koh adalah berikutan kehadiran logam berat, Dr Dzulkefly berkata walaupun ujian menunjukkan ada kehadiran logam berat, namun ia tidak sampai ke peringkat 'lethal dose' yang boleh membawa maut.
Dr Dzulkefly berkata sebagai rumusan, wabak penyakit saluran pernafasan dalam kalangan orang Asli suku Bateq di Kuala Koh yang berlaku pada 3 Jun hingga 10 Sept lepas, adalah berpunca dari wabak demam campak.
"Faktor yang menyumbang kepada berlakunya wabak dan kematian demam campak adalah liputan imunisasi yang rendah, tahap nutrisi yang rendah dalam kalangan kanak-kanak orang Asli.
"Cara hidup yang sering berpindah dan adat memasuki hutan akibat sakit atau kematian dalam kalangan orang Asli menyumbang kepada kelewatan mendapatkan rawatan, sehingga penyebaran jangkitan terus berlaku," katanya.
Dr Dzulkefly berkata tindakan kawalan dan pencegahan melibatkan pelbagai agensi telah dilaksanakan dan diteruskan kepada komuniti terlibat.
Antaranya pendidikan kesihatan berkaitan kebersihan, keselamatan makanan, pemakanan, kepentingan imunisasi, pencegahan penyakit dan kepentingan mendapatkan rawatan awal.
Di samping itu, katanya langkah berkaitan kesihatan awam seperti memastikan keselamatan air minum, pemakanan komuiti dan kempen imunisasi turut dilaksanakan secara berterusan kepada orang Asli yang terjejas.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN