[EKSKLUSIF] Hujan hasil pembenihan awan tidak jejas kesihatan - MetMalaysia



Oleh Nursyabiha Sukri

KUALA LUMPUR, 26 Sept -- Orang ramai tidak perlu bimbang dengan hujan hasil operasi pembenihan awan (OPA) kerana ia tidak menjejaskan kesihatan, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon.

Beliau berkata MetMalaysia menggunakan kaedah pembenihan basah (wet seeding) melalui garam dengan kandungannya natrium klorida atau jenis garam masakan dilarutkan dalam air dan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

"Orang ramai tidak perlu bimbang hujan itu tidak menjejaskan kesihatan. Proses pembenihan basah ini, air garam disemburkan ke dalam awan yang sesuai untuk menjadi nukleus dan menarik wap air dalam awan untuk membentuk titik-titik hujan.

"Kaedah ini lebih sesuai untuk pembenihan awan bagi kawasan luas dan menggunakan pesawat yang lebih besar (pesawat TUDM) kerana ia membawa tangki air garam agak berat," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain itu, Jailan berkata MetMalaysia juga menggunakan kaedah pembenihan kering (dry seeding) iaitu 'hygroscopic flares' yang diletakkan di tempat khusus di sayap pesawat.

Beliau berkata hygroscopic flares sesuai digunakan di kawasan kurang luas dan menggunakan pesawat lebih kecil seperti jenis Cessna.

"MetMalaysia hanya guna sekali (kaedah pembenihan kering) semasa jerebu di Lembah Klang baru-baru ini," katanya sambil menjelaskan hujan pada Selasa dan semalam tiada kaitan dengan OPA.

Jailan berkata pada masa ini, MetMalaysia menangguhkan OPA memandangkan hujan semula jadi sejak dua hari lalu.

Beliau berkata sepanjang musim jerebu kali ini, enam OPA dilakukan melibatkan tiga kali di Sarawak (Kuching, Samarahan, Serian, Sarikei, Betong dan Sri Aman) serta tiga di Semenanjung (Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang).

Dalam pada itu, Jailan berkata OPA turut dilakukan bagi meningkatkan paras air empangan untuk bekalan air atau pertanian.

"Contohnya semasa musim kemarau, kami biasanya diminta untuk membuat pembenihan awan di kawasan pertanian seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi meningkatkan paras air di empangan Muda dan Pedu bagi tujuan pertanian.

"MetMalaysia juga sering diminta membantu membuat pembenihan awan bagi meningkatkan paras empangan seperti di negeri-negeri yang menghadapi masalah bekalan air,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018