PUTRAJAYA, 26 Sept (Bernama) -- Audit prospektif perlu dilaksanakan bagi menilai kepatuhan rawatan antibiotik terhadap garis panduan yang disediakan bagi mengurangkan kes kerintangan antimikrob (AMR), selain penemuan audit itu digunakan untuk menambah baik amalan preskripsi antibiotik.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata AMR, yang mana bakteria menjadi kebal akibat penggunaan antibiotik berlebihan, boleh mengakibatkan kos rawatan meningkat apabila pesakit perlu berada lebih lama di wad dan menggunakan ubat antimikrob yang lebih mahal kerana ubat sedia ada tidak lagi berkesan.
Walaupun kes AMR di Malaysia masih pada tahap terkawal iaitu 30 peratus, namun ia perlu dikurangkan melalui pelbagai inisiatif yang bersifat menyeluruh, selain komitmen ahli profesional kesihatan yang berhadapan secara langsung dengan kes-kes jangkitan dalam tugasan seharian di hospital atau klinik, katanya.
"Tidak semua jangkitan adalah bakteria dan mesti dikenal pasti terlebih dahulu. Sebab itu dalam amalan perubatan ada 5R untuk mengenal pasti penyakit dengan betul.
"Pertamanya ‘right condition’, ‘right patient’, ‘right drugs’, kalau viral tidak boleh rawat dengan antibiotik begitu juga antifungal, kemudian ‘right dose’ dan ‘right time’ (tempoh) juga amat penting," katanya ketika melancarkan Garis Panduan Antibiotik Kebangsaan (NAG) 2019 di sini hari ini.
NAG disediakan sebagai panduan umum kepada ahli profesional kesihatan dalam merawat kes-kes jangkitan dengan mempromosikan penggunaan ubat-ubatan antimikrob secara rasional dan bertanggungjawab.
Merujuk laporan The O'Neill Review on Antimicrobial Resistance, Dr Dzulkefly berkata AMR akibat penggunaan antibiotik secara berleluasa di seluruh dunia dianggarkan meragut 10 juta nyawa setiap tahun menjelang 2050.
"Kadar ini adalah lebih tinggi daripada kematian yang disebabkan oleh kanser. Laporan sama juga menganggarkan kerugian dari segi ekonomi sebanyak US$100 trilion setahun akibat kerintangan mikrob," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN