Sindrom nafi dorong penyakit berkaitan jantung meningkat

KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Mentaliti 'tidak akan berlaku pada diri sendiri' menjadi antara pendorong penyakit berkaitan jantung kian meningkat dalam masyarakat di negara ini. 

Naib Presiden Yayasan Jantung Malaysia Datuk Prof Sulaiman Osman berkata lebih menarik mentaliti yang dikaitkan dengan sindrom penafian atau in denial itu turut melibatkan golongan profesional termasuk pakar perubatan,

"Doktor yang merawat orang sakit pun ramai yang ada sindrom ini, apatah lagi masyarakat biasa. Bagi golongan profesional, alasan utama adalah mereka 'rasa' sihat' namun hakikatnya golongan ini paling terdedah kepada risiko tekanan dan tidak mempunyai masa untuk bersenam. 

"Lama-kelamaan, sindrom ini bagaikan bom jangka dalam diri mereka yang akhirnya menyebabkan mereka mengalami serangan jantung atau angin ahmar kerana gagal mendapatkan rawatan lebih awal.

"Perlu ada pemikiran yang kita mungkin kena penyakit dan itu membuatkan kita bertanggungjawab sepenuhnya pada kesihatan diri sendiri dengan cara aktif bersenam dan menjaga pemakanan. Jangan sampai kena serangan jantung, baru nak menyesal," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis, The KL World Heart Day 2019 - Go Red For Women (GRFW) di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah GRFW Ainon Kuntom berkata Kempen GRFW yang dilaksanakan melalui Yayasan Jantung Negara Malaysia dengan kerjasama Asia World Event dan KL City Art Gallery merupakan kempen kesedaran antarabangsa yang didedikasi khas untuk pencegahan, diagnosis, dan kawalan penyakit kardiovaskular pada wanita.  

"Aktiviti yang dijalankan adalah forum kesihatan, pemeriksaan dan saringan kesihatan, zumba serta pameran. Cuma istimewanya hari ini, ia turut melibatkan aktiviti seni seperti melukis bagi menghilangkan tekanan,” katanya. 

Kempen julung kali tersebut dihadiri lebih 100 peserta dengan menyasarkan golongan berpendapatan rendah bagi memberi peluang kepada wanita memahami pengurusan rumah tangga dengan lebih baik dari segi kesihatan dan kewangan, memandangkan mereka merupakan tunjang utama dalam sesebuah keluarga. 

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018