Kerajaan Sabah hargai usaha NGO sediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU, 30 Sept -- Kerajaan Sabah mengalu-alukan dan menghargai usaha-usaha badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengambil bahagian dalam tanggungjawab menyediakan penjagaan kesihatan yang terbaik untuk rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata agenda kesihatan awam boleh menjadi usaha yang sangat mahal untuk dipukul di bahu kerajaan negeri semata-mata,  justeru penglibatan NGO disambut baik lebih-lebih lagi terdapat konsensus yang semakin meningkat oleh komuniti global bahawa penglibatan semua pemegang kepentingan diperlukan  bagi menetukan perkhidmatan kesihatan  turut dinikmati oleh golongan miskin.

Dalam konteks ini, beliau berkata kerajaan negeri berbangga bahawa NGO tempatan - Persatuan Kesedaran AIDS (SAGA) Sabah  yang telah melangkah ke hadapan untuk membantu masyarakat luar bandar di negeri ini dalam  mendapatkan  rawatan untuk AIDS dan penyakit kronik lain melalu Program Akses Kesihatan SAGA (SHAPE).

“Tugas yang dilakukan oleh SAGA sangat bermakna kerana mereka membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan penjagaan kesihatan kita. Dengan merujuk pesakit luar bandar ke klinik dan hospital  mereka memelihara kesejahteraan rakyat dan menghubungkan mereka dengan perkhidmatan sedia ada yang mungkin akan sia-sia jika tidak digunakan sepenuhnya, "katanya.

Mohd Shafie demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Kesihatan  dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung pada  Majlis Makan Malam Gala Red Ribbon Kota Kinabalu di sini, Ahad malam.

Tuurt hadir isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni, Pengerusi  Yayasan AIDS Maaysia (MAF)  Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman and  presiden SAGA Dr Zaiton Yahaya.

Makan malam gala itu yang dianjurkan oleh MAF dengan kerjasama kerajaan Sabah, bertujuan untuk mengumpul dana untuk program SHAPE serta menyokong misi SAGA untuk memperluaskan liputan SHAPE ke lebih banyak kawasan.

Mohd Shafie berkata bantuan yang diberikan oleh SAGA bukan sahaja melegakan golongan miskin dalam  memenuhi keperluan perubatan jangka pendek mereka tetapi juga membantu memastikan kemampanan jangka panjang mereka.

"Para pesakit yang sembuh dan mendapatkan semula kekuatan fizikal serta mental mereka selepas rawatan yang berjaya akan dapat bangkit semula dan menjadi anggota masyarakat yang produktif," katanya.

Mohd Shafie berkata kerajaan Sabah boleh memainkan peranan untuk membangunkan rangka kerja pengawalseliaan dan mengekalkan pemilikan dalam bidang penggubalan dasar, manakala NGO boleh memberi tumpuan kepada memudahkan aktiviti dalam dasar dan strategi yang dinyatakan dan sektor swasta - dengan akses tanpa had mereka kepada sumber - adalah bahagian terakhir  dalam susunan perkongsian pintar tiga pihak  ini.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018