SHAH ALAM, 30 Sept -- Sebanyak 4,332 notis dikeluarkan terhadap pemilik premis makanan dan perokok sepanjang tempoh penguatkuasaan pendidikan bagi larangan merokok di premis makanan yang berkuat kuasa sejak awal Januari tahun ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata daripada jumlah itu 232 notis dikeluarkan terhadap perokok kerana merokok di premis makanan manakala 4,100 notis lagi dikeluarkan kepada pemilik premis kerana terdapat kesan rokok seperti puntung rokok dan abu rokok di premis mereka.
"Kesemua ini bagaimanapun tiada melibatkan kompaun kerana kita masih di dalam tempoh penguatkuasaan pendidikan dan hanya pada 1 Jan 2020 baru kami akan mengenakan tindakan kompaun kepada individu dan pemilik premis terbabit.
"Bermula 1 Jan 2020, jika perokok ditahan mereka boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara dua tahun, manakala premis makanan yang tidak meletakkan notis amaran juga boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara enam bulan," katanya kepada pemberita selepas melakukan operasi larangan merokok di premis makanan di sekitar Pusat Komersial Seksyen 7 di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.
Dr Khalid menambah larangan merokok berkenaan juga melibatkan rokok elektronik dan shisha.
"Bagi shisha walaupun ia bukan dijual oleh pemilik premis mereka juga boleh dikenakan tindakan sekiranya shisha ini dihisap di premis mereka," katanya.
Beliau berkata bagi tempoh Januari lepas hingga hari ini, 25,000 premis makanan sekitar Selangor telah diperiksa dan pihaknya menyasarkan untuk memeriksa 40,000 premis makanan lagi sebelum 1 Jan 2020.
"Sepanjang pemeriksaan ini kami juga dapati 4,300 premis masih berdegil tidak memaparkan papan tanda larangan merokok," katanya.
Katanya lagi pihaknya ingin memberi peringatan kepada pemilik premis mengenai tanggungjawab mereka untuk meletakkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok sebagaimana Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN