Johor sasar 10,000 sukarelawan Combi bantu tangani wabak denggi

Gambar fail

JOHOR BAHRU, 30 Sept  -- Kerajaan Negeri menyasarkan 10,000 sukarelawan menyertai Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) pada tahun hadapan bagi membantu dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai wabak denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Warisan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, sasaran itu sekaligus dapat membantu menyelesaikan masalah peningkatan wabak denggi sebanyak 101 peratus di tiga daerah utama iaitu Batu Pahat, Mersing dan Kluang.

Sasaran itu antara fokusnya adalah untuk memastikan setiap satu isi rumah mempunyai satu  sukarelawan dan sekurang-kurangnya terdapat 1,000 sukarelawan di setiap daerah.

Setakat ini terdapat 6,000 sukarelawan seluruh daerah di 615 lokaliti iaitu 537 Combi komuniti, lapan di Institusi Pengajian Tinggi, 10 agensi kerajaan, 53 sekolah, empat swasta dan tiga kilang.

“Ini usaha kita sekarang bagi memastikan masyarakat di luar sana tahu Combi dan peranannya,  mereka adalah satu ejen dan pertubuhan bukan kerajaan yang mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan dan pejabat saya untuk menjalankan tanggungjawab maklum kepada masyarakat mengenai denggi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Mohd Khuzzan berkata, pihaknya mahu mengaktifkan anggota sukarelawan sedia ada bagi memastikan ia sentiasa bergerak dalam usaha untuk mendekati masyarakat.

“Selepas 20 tahun semenjak penubuhannya (Combi) , masih ada masyarakat di luar sana yang  tidak maklum mengenai kewujudan Combi.

“Justeru itu, dengan satu isi rumah, satu sukarelawan dapat membantu meningkatkan lagi kesedaran masyarakat sekaligus Combi semakin dapat dikenali,” katanya.

Mohd Khuzzan berkata, walaupun terdapat pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras wabak denggi di negeri ini, namun jika masyarakat tidak mempunyai kesedaran sivik, ia tidak akan berjaya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018