Lakukan saringan kesihatan bagi mengesan risiko penyakit jantung

ALOR SETAR, 2 Okt -- Membudayakan gaya hidup sihat dengan gemar melakukan aktiviti lasak atau bersukan bukanlah jaminan bahawa individu berkenaan bebas daripada terkena sebarang penyakit, khususnya serangan jantung.

Sering kita dengar individu yang kelihatan sihat dan cergas tiba-tiba rebah ketika bersukan dan meninggal dunia akibat serangan jantung dan lebih mengejutkan apabila kejadian itu menimpa mereka yang masih muda.

"Mengikut perunding kesihatan, individu berusia 40 tahun ke atas perlu melakukan saringan kesihatan bagi mengetahui sama ada mereka berhadapan dengan risiko penyakit jantung atau tidak.

"Tapi bagi saya, jika seseorang itu mahu kekal aktif dan sihat, mereka perlu melakukan saringan kesihatan tidak kira berapa umur mereka kerana sakit jantung tidak mengenal usia... saya pernah jumpa pesakit yang baru berusia 15 tahun," kata Pakar Jantung Kedah Medical Centre (KMC), Dr Abd Rahim Tahir.

Beliau berkata ada yang tidak menyedari bahawa individu yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang mengalami penyakit jantung, lebih berisiko tinggi mendapat penyakit sama.

Dr Abd Rahim berkata serangan jantung berlaku apabila saluran darah pada jantung sempit dan tersumbat sehingga menyebabkan organ paling penting itu berhenti berdenyut.

"Sebolehnya mereka yang berisiko ini datanglah berjumpa dengan pakar jantung dan lakukan 'stress test' kerana pengesanan awal dan pencegahan itu sangat penting.

"Apabila seseorang itu sudah terkena serangan jantung, jantung mereka sudah 'terluka'. Sudah makan ubat, bubuh 'stent', tapi akan tetap rasa tidak selesa sebab jantung dah luka," katanya.

Beliau berkata lebih berbahaya apabila pesakit tidak menyedari bahawa mereka terkena serangan serangan jantung kerana terdapat kes pesakit tidak mengalami simptom biasa seperti sesak nafas, sakit dada atau berpeluh.

"Ada yang cuma berasa penat atau letih sahaja, namun bila menjalani pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) atau ujian tambahan seperti prosedur angiogram, pesakit sebenarnya terkena serangan jantung," katanya.

Sementara itu Pegawai Farmasi KMC, Salwati Zam berkata pesakit yang disahkan terkena penyakit jantung perlu mengambil ubat seperti disarankan oleh pakar dan tidak boleh sesekali culas walaupun terpaksa makan banyak ubat untuk tempoh yang lama, kerana serangan jantung boleh berulang dan akan lebih berbahaya.

Beliau berkata kombinasi ubat yang pelbagai bukanlah sengaja diada-adakan, namun ia penting bagi mendapatkan rawatan yang optimum supaya simptom serangan jantung dapat dikawal.

"Ada yang mempersoalkan tentang kesan ubat terhadap organ lain seperti buah pinggang dan ada merungut terpaksa makan banyak jenis ubat, tapi pesakit kena faham, selain ubat, ada juga suplemen yang pakar bagi untuk bantu elakkan gejala dan serangan jantung.

"Bagi mereka yang sudah makan ubat yang diberikan oleh pakar, jangan pula sesekali menambah ubat-ubat (atau suplemen) dari luar tanpa nasihat pakar, jangan ambil benda (ubat tambahan) tanpa pengetuan doktor, makan apa yang doktor bagi sahaja.

"Dah ambil banyak ubat, kita tak mahu buah pinggang kita kerja lebih lagi, nanti buah pinggang rosak," katanya.

Sehingga kini, penyakit kardiovaskular terutamanya serangan jantung masih menjadi pembunuh utama di negara ini.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2