Kelaziman penyakit jantung di kalangan wanita semakin meningkat



KUALA LUMPUR, 3 Okt -- Kelaziman penyakit jantung  dalam kalangan wanita semakin   menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini daripada 20 peratus pada 2014 kepada 22 peratus pada 2017.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  berkata penyakit itu yang  secara tradisinya dihidapi oleh lebih ramai lelaki telah menunjukkan ciri-ciri yang berbeza dalam  kalangan wanita.

"Walaupun gejala yang paling biasa adalah sakit dada, namun  telah diakui bahawa ia boleh dikesan dengan cara yang sedikit berbeza untuk wanita, di mana ini  membawa kepada diagnosis dan rawatan yang lewat.

"Sakit dada yang biasa dikaitkan dengan serangan jantung seperti sakit di bahagin tengah dada dan rasa sakit pada bahu yang menyebarkan ke leher dan jantung mungkin tidak biasanya berlaku bagi  wanita yang mengalami serangan jantung," katanya ketika berucap pada pelancaran rasmi Yayasan MySTEMI di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan  MySTEMI  Datuk Dr Rosli Mohd Ali.

Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata apabila wanita mengalami serangan jantung, mereka biasanya 10 tahun lebih tua daripada lelaki dan mereka  kurang menerima rawatan agresif menerusi  Percutaneous Coronary Intervention (PCI).

PCI adalah kaedah bukan pembedahan dengan meletakkan secara kekal sehenis  logam kecil yang dipanggil stent untuk  membantu meluaskan arteri yang sempit atau tersekat yang membekalkan oksigen ke jantung.

"Wanita yang menjadi mangsa serangan jantung juga mungkin akan mengalami komplikasi dan penyakit yang teruk.

Perbezaan jantina ini juga telah diperhatikan di negara-negara lain dan setakat ini, tiada yang dapat mengenal pasti punca perbezaan ini," tambahnya.

Beliau berkata penyakit jantung telah menjadi punca utama  kematian di kalangan rakyat Malaysia sejak 13 tahun, dari 2005 hingga 2017.

"Saya dimaklumkan bahawa pada tahun 2017, 13.9 peratus rakyat Malaysia meninggal dunia  akibat penyakit jantung dan majoriti mereka tinggal di kawasan bandar," katanya.

Beliau berkata apa yang membimbangkan ialah mereka yang menderita sakit jantung di Malaysia berusia lebih muda berbanding di negara jiran seperti Thailand dan Singapura,

Dr Wan Azizah berkata menjelang 2040, dianggarkan penduduk  Malaysia berumur 65 tahun ke atas akan melebihi enam juta orang yang merupakan 14.5 peratus daripada  jumlah penduduk.

Ini merupakan isyarat terhadap beban penyakit jantung di Malaysia pada masa akan datang. katanya.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berharap lebih  banyak organisasi dan individu akan memberi sokongan kepada Yayasan MySTEMI, yang bertujuan untuk menjana dana tambahan bagi membantu   lebih  ramai   pesakit yang mengalami serangan jantung  menerima rawatan terbaik.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018