Dr Param Jeeth Singh
KUALA LUMPUR, 3 Okt -- Pemeriksaan Jabatan Kesihatan yang dijalankan ke atas sebuah premis kesihatan di Bukit Damansara di sini semalam, dilakukan mengikut prosedur dan standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Param Jeeth Singh dalam kenyataan malam ini berkata pemeriksaan di premis milik seorang doktor sakit puan itu dijalankan susulan aduan awam yang diterima bahawa terdapat produk kesihatan tidak berdaftar dengan KKM disimpan di dalam premis terbabit.
“Pemeriksaan tersebut dijalankan dengan penuh berhemah dan beretika serta dalam keadaan yang tenang. Tidak berlaku sebarang kucar-kacir atau kekasaran seperti yang dilaporkan di media sosial.
Meskipun produk tersebut didapati tiada lagi di premis ketika pemeriksaan dijalankan, bahan iklan berbentuk risalah produk tidak berdaftar tersebut telah ditemui di premis terbabit,” katanya.
Sebelum pemeriksaan, beliau berkata siasatan awal mendapati produk sasaran berada di premis terbabit dan dijual berdasarkan belian percubaan berserta resit bayaran.
Beliau berkata fasiliti tersebut tidak pernah berlesen dengan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) KKM sejak penubuhannya, malah pada 26 Feb 2016, CKAPS telah mengeluarkan satu surat arahan supaya premis ini menghentikan operasi perkhidmatan kesihatan.
“Memiliki atau menjual produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM adalah merupakan pelanggaran Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan ia boleh dihukum di bawah Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli dan mengambil produk tidak berdaftar serta menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Dr Param juga meminta orang ramai untuk mengemukakan aduan dan maklumat berkenaan produk yang meragukan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my atau melalui talian 03-78413200.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN