Malaysia perlu 600 pakar geriatrik



PADANG TERAP, 4 Okt -- Seramai 600 lagi pakar geriatrik diperlukan untuk menampung bilangan pesakit warga emas yang semakin meningkat di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata pada masa ini, hanya terdapat 36 pakar geriatrik di seluruh negara dan ia merupakan satu jumlah yang kecil untuk kepakaran bidang berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan sangat menggalakkan pegawai perubatan di Malaysia untuk menyertai kursus bidang kepakaran berkenaan dalam usaha melahirkan lebih ramai lagi pakar itu di negara ini.

"Kementerian setiap tahun memang ada sediakan untuk mereka (pegawai perubatan) teruskan dalam bidang kepakaran geriatrik ini sama ada di dalam atau luar negara. Ini perkara yang kita lakukan secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Wad Rehabilitasi Geriatrik Hospital Kluster Kedah Utara (HoKKU) di Hospital Kuala Nerang dekat sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail.

Rehabilitasi Geriatrik adalah perkhidmatan membantu pesakit warga emas untuk pulih sepenuhnya selepas kecederaan atau penyakit.

Proses rehabilitasi merangkumi penjagaan dan rawatan serta sokongan yang diperlukan bagi membolehkan seseorang pesakit boleh berdikari secara optimum.

Dr Lee berkata pakar geriatrik yang mencukupi sudah menjadi satu keperluan penting memandangkan Malaysia dijangka bakal menjadi negara tua.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, beliau berkata terdapat dua juta atau 6.3 peratus individu berumur 65 tahun dan ke atas daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia berdasarkan statistik negara pada 2017 dan dijangkakan mencecah 13.6 peratus menjelang 2030 sekali gus bakal menjadi negara tua.

Sementara itu, Dr Norhizan berkata perkhidmatan Rehabilitasi Geriatrik di Hospital Kuala Nerang bermula pada November 2017 dan sepanjang tahun lepas seramai 156 pesakit mendapat manfaat daripada perkhidmatan berkenaan di hospital itu.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2