Program Penang Sihat bantu golongan B40 dapat rawatan kesihatan

Afif Bahardin

BUTTERWORTH, 5 Okt  -- Program Penang Sihat anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang dilancarkan hari ini akan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini terutamanya golongan berpendapatan rendah B40 dalam mendapatkan rawatan kesihatan yang lebih berkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata program itu juga antara lain membantu meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat selain mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.

"Usaha ini adalah satu daripada tanggungjawab saya untuk memastikan semua inisiatif dan program perlu mencapai matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat. Saya yakin bahawa Program Penang Sihat merupakan satu inisiatif yang akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

“Ini kerana kebanyakan mereka  agak sukar untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkesan atau mengesan risiko penyakit dengan lebih awal kerana mereka kekurangan informasi tentang penyakit yang mereka hidapi," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Penang Sihat oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di sini, hari ini.

Antara perkhidmatan yang disediakan menerusi program Penang Sihat adalah pemeriksaan kesihatan penyakit tidak berjangkit, pemeriksaan pergigian, pameran serta perkongsian mengenai ubat-ubatan dan lain-lain.

Dr Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata selain kawasannya, program itu juga bakal diadakan di kesemua 40 Kadun di seluruh negeri secara berperingkat. 

Beliau berkata program Penang Sihat juga menjalin kerjasama dengan BookDoc iaitu sebuah laman sesawang dalam talian yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan.

​​​​​Dalam usaha menyokong program Penang Sihat, BookDoc mengadakan kempen Penang Sihat Active Challenge dari 10 sehingga 31 Okt. 

Lima orang pemenang akan dipilih berdasarkan purata langkah harian tertinggi dan berpeluang memenangi baucar tunai bernilai RM8,000.

Warga Pulau Pinang yang berminat boleh memuat turun aplikasi BookDoc App di Play Store atau Google Store secara percuma, kemudian memasukkan kod iaitu nama kawasan DUN masing-masing sebelum menggunakan aplikasi tersebut.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2