Salur sebahagian peruntukan bajet kesihatan kepada kempen kesedaran - Azman Ujang



PETALING JAYA, 5 Okt  -- Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Azman Ujang mencadangkan supaya sebahagian daripada peruntukan penjagaan kesihatan dalam belanjawan negara disalurkan untuk kempen kesedaran kesihatan bagi melahirkan rakyat Malaysia yang sihat.

Memetik ungkapan 'Mencegah lebih baik daripada mengubati', Azman berkata beliau percaya melalui kempen kesihatan secara agresif atau sistematik dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan terhadap penjagaan kesihatan.

“Seandainya kita berbelanja RM10 juta terhadap kempen pendidikan kesihatan dengan bersungguh-sungguh dan sistematik, kita boleh mengurangkan kos penjagaan kesihatan kepada RM100 juta  apabila  jumlah orang mendapatkan ubat-ubatan dan rawatan terutama bagi keadaan yang serius  di  hospital  menurun,” katanya.

Beliau membuat syor demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan ‘Life to Years: Longevity, Health & Wellness 2019’,  di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada hari ini, peruntukan kewangan untuk  mengurus hospital dan pusat kesihatan kerajaan mencecah angka berbilion ringgit dan dengan peningkatan jumlah penduduk, beberapa kebimbingan secara terbuka telah dinyatakan bahawa pada satu masa nanti perkhidmatan penjagaan kesihatan secara percuma atau bersubsidi tidak dapat diteruskan.

“Kerajaan kini menanggung atau memberi subsidi sehingga 97 peratus kos penjagaan kesihatan  kepada rakyat di negara ini dan jumlah peratusan tersebut memberi gambaran bahawa rakyat Malaysia adalah tidak sihat,” katanya.



Azman juga menarik perhatian bahawa kerajaan membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk  membekalkan ubat-ubatan dan rawatan khusus kepada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Dikitiraf antarabangsa sebagai antara institusi penjagaan kesihatan terbaik dan termurah dalam dunia, katanya, Malaysia tidak asing lagi berhubung statistik keadaan kesihatan rakyat Malaysia seperti penyakit kencing manis, hipertensi dan obesiti.

Beliau menjelaskan gaya hidup tidak sihat seperti menjamu snek waktu malam di restoran mamak, pengambilan garam dan gula yang berlebihan menyumbang kepada jumlah perangkaan pesakit dalam jangka masa panjang.

Memetik ucapan bekas presiden Amerika Syarikat, “Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country” (Jangan tanya apa yang negara boleh melakukan untuk anda sebaliknya tanya apa yang anda boleh sumbangkan kepada negara), Azman berkata ungkapan itu sebagai gesaan kepada rakyat membantu menyumbang menurunkan kos penjagaan kesihatan yang meningkat  dengan kadar yang pantas.

“Bagi saya, sumbangan terbaik yang boleh kita lakukan untuk diri dan negara adalah untuk hidup sihat, menjalani gaya hidup sihat dan cara ini dapat mengurangkan kesesakan di hospital dan klinik serta kos penjagaan kesihatan yang terlalu tinggi,” katanya.

Persidangan sehari itu dianjurkan oleh Persatuan Media Ketiga Kuala Lumpur dan Selangor dengan matlamat mengiktiraf dan meraikan ‘International Day of the Third Agers'.

‘Third Agers’ adalah golongan umur selepas usia pertengahan apabila kebanyakan orang bersara dan keluar daripada rutin pekerjaan harian.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2