KOTA BHARU, 7 Okt -- Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) menyasarkan untuk menyumbangkan lima lagi katil hospital berserta tilam khas, yang keseluruhannya bernilai RM25,000 kepada pesakit strok di Kota Bharu.
Presiden POKB Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamed berkata pemberian katil itu yang merupakan sumbangan tambahan pihaknya dijangka akan diagihkan sebelum Disember ini.
Sebelum ini POKB telah memberikan tiga katil beserta tilam yang kesemuanya bernilai RM15,000 kepada tiga pesakit.
"Pengagihan dibuat sejak awal tahun ini dengan agihan pertama diberikan kepada pesakit strok di Pengkalan Chepa, kedua di Tanjong Mas dan hari ini yang ketiga kepada seorang ibu tunggal Saudah Hassan, 65, di Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa.
"Apa yang menyedihkan Saudah mengalami lumpuh separuh badan, kencing manis, darah tinggi, hilang ingatan, bengkak dan ruam pada bahagian belakang, malah rumah pusaka yang didiami berusia 50 tahun sudah usang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Wakaf Katil dan Pelancaran Plak Kaseh Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) di sini, hari ini.
Mengenai program hari ini, Sheikh Ahmad Dusuki berkata selain pengagihan katil dan tilam kepada Saudah, pihaknya turut menjalankan gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran rumah wanita itu, serta menyumbangkan kipas dan beras.
"Ini adalah contoh miskin bandar, rumah kayu Saudah terletak tersorok dari kawasan bandar dan agak usang. Ianya perlu dibaiki segera kerana pada waktu hujan, ia bocor dan menyebabkan penghuninya terganggu,” katanya.
Beliau berkata pihak POKB turut membuat permohonan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), bagi mendapatkan bantuan lain yang sesuai kepada Saudah.
Sementara itu, anak Saudah, Rosley Ahmad, 43, berkata mereka tujuh beradik sepakat bergilir-gilir menjaga, mengusung dan memandikan Saudah dua kali sehari, namun memerlukan sumbangan untuk menampung perbelanjaan lampin pakai buang dan susu nutrien diabetik, yang dianggarkan berjumlah RM600 sebulan.
Mereka yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan di akaun CIMB Bank 7012627591 atas nama Rosley Ahmad atau menghubungi Rosley di talian 017-9566841.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN