Kes demam denggi meningkat dengan drastik di Miri



MIRI, 7 Okt – Jumlah kes demam denggi meningkat dengan drastik di Miri dengan mencatatkan 248 kes dari Januari hingga 5 Oktober, meningkat 726.7 peratus berbanding 20 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata seorang lelaki berusia 68 tahun menjadi  mangsa pertama yang meninggal dunia akibat demam denggi.

“Lelaki itu yang tinggal kawasan perumahan  Taman Tunku di sini meninggal dunia pada 22 Sept lepas setelah empat hari disahkan menghidap Severe Dengue With Multiorgan Failure,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam  tempoh yang sama 11 kawasan di Miri telah diisytiharkan wabak denggi pada tahun ini berbanding dua pada 2018,peningkatan 450 peratus.

Sehubungan itu beliau  menasihati orang ramai supaya  memusnahkan tempat-tempat yang boleh menakung air dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu.

“ Selain memusnahkan tempat menakung air penyemburan racun serangga (aerosol) di dalam premis kediaman bagi membunuh nyamuk Aedes dewasa digalakkan namun semburan racun serangga sahaja tidak berkesan mengawal wabak denggi jika tempat pembiakan Aedes tidak dihapuskan,”katanya.

Menurutnya,  penggunaan repelen nyamuk adalah digalakkan serta orang awam perlu mengelak berada di luar rumah pada dua tempoh iaitu pada awal pagi dari pukul 5 pagi hingga 7 pagi dan sebelah petang mulai pukul 5 petang hingga 7 malam.

Katanya, waktu tersebut adalah waktu puncak bagi mengelakkan gigitan nyamuk dewasa sekaligus mencegah jangkitan demam denggi.

“Segeralah pergi mendapatkan pemeriksaan serta rawatan di klinik kesihatan berhampiran dan mengikut panduan yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan dengan melayari laman web di www.myhealth.gov.my atau www.infosihat.gov.my,” katanya lagi.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018