Kementerian Kesihatan tidak rancang tutup klinik desa



KUALA LUMPUR, 8 Okt  -- Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak merancang untuk menutup mana-mana klinik di desa walaupun jumlah lawatan pesakit kurang, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

“Sekiranya kurang pesakit, kita akan kaji supaya pesakit pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan tetapi klinik desa tidak akan ditutup. 

“KKM sendiri merancang menambah jumlah hospital di kawasan luar bandar seperti Hospital Petra Jaya (dibangunkan), hospital di Sri Aman dan Lawas di Sarawak (hospital gantian),” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian  bagi menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) sama ada benar KKM akan menutup klinik desa akibat kadar lawatan pesakit kurang di kawasan pedalaman.

Dr Lee berkata selain klinik dan hospital, KKM juga sedang menambah baik fasiliti di kawasan pedalaman di Sarawak dan Sabah melalui penggunaan klinik bergerak, bot, kenderaan pacuan empat roda atau helikopter di Sarawak. 

Menjawab soalan asal Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PH-Tanah Merah) mengenai langkah dan usaha dilakukan oleh KKM dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di wad hospital kerajaan, Dr Lee berkata lima langkah inisiatif telah diambil pihaknya.

Ia melibatkan pelaksanaan Inisiatif Hospital Kluster, mewujudkan Bed Management Unit (BMU), Pewujudan Discharge Lounge dan pembangunan hospital baharu serta hospital gantian. 

Katanya selain itu, ia juga membabitkan Perkhidmatan Rawatan Harian (PRH) iaitu perkhidmatan klinikal dijadualkan dan disempurnakan dalam hari yang sama.

“Kajian menunjukkan prosedur pembedahan yang dijalankan secara rawatan harian telah mengurangkan jumlah kemasukan pesakit di wad pembedahan sebagai pesakit dalam sebanyak 28.2 peratus. 

“Bagi inisiatif Bed Management Unit (BMU), ia dapat merancang kemasukan pesakit secara elektif serta memastikan pesakit yang memerlukan katil dapat diutamakan dengan cepat. Setakat ini, Projek rintis BMU ini telah dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Kuala Lumpur,” katanya. 

Dr Lee berkata Hospital Kluster yang merupakan antara hospital berpakar dengan hospital tanpa pakar pula membolehkan pesakit luar bandar menerima rawatan kepakaran tanpa perlu dirujuk ke hospital berpakar dan menunggu lebih lama untuk dilihat oleh doktor pakar. 

“Pewujudan Discharge Lounge di hospital pula adalah  bagi menempatkan pesakit yang boleh di discaj agar katil dapat dikosongkan dengan cepat untuk kegunaan pesakit yang seterusnya juga antara inisiatif bagi mengurangkan kesesakan di hospital,” katanya. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2