Krim pemutih dengan kandungan merkuri yang tinggi masih beredar dalam pasaran -- CAP

GEORGE TOWN, 8 Okt – Persatuan Pengguna Pulau Pinang  (CAP) mendakwa krim pemutih yang mengandungi kadar merkuri yang tinggi sehingga 44,148 bahagian per juta (ppm) termasuk yang pernah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan kini  beredar dalam pasaran di negara ini.

Presiden CAP Mohideen Abdul Kader berkata hari ini analisis kandungan merkuri yang dijalankan terhadap sembilan sampel krim pemutih mendapati  kandungan merkuri pada krim berkenaan adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada yang dikesan dalam produk kecantikan  sejak 1983.

“Pengharaman oleh Kementerian Kesihatan terhadap krim pemutih berkenaan nampaknya kurang  berkesan kerana produk itu didapati masih dijual di kedai kosmetik dan pusat membeli-belah di seluruh negara bersama krim tiruan jenama popular,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau merkuri dalam kosmetik pencerahan kulit itu boleh mendatangkan risiko yang ketara terhadap kesihatan pengguna yang bukan sahaja boleh  merosakkan kulit, malah menjejaskan buah pinggang dan sistem saraf.

Mohideen berkata bahawa penggunaan kerap krim mengandungi merkuri boleh menyebabkan ruam, perubahan warna dan penipisan pada kulit.

 "Keracunan merkuri juga boleh menyebabkan gigi menjadi longgar dan lapisan biru membentuk pada gusi. Janin pada wanita hamil juga mungkin terjejas kerana merkuri boleh meresap melalui plasenta, "katanya.

Beliau menggesa Kementerian Kesihatan sentiasa memantau serta  mengawasi produk kosmetik yang mengandungi bahan yang berbahaya kepada kesihatan pengguna serta yang telah diharamkan  daripada dijual  di pasaran.

-- BERNAMA

  

 

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2