Bayi lelaki pasangan suami isteri, Mohd Yuhairil Haniff Yoon, 37, dan Noor'adn Muhammad, 38, seberat 3.34 kilogram dilahirkan pada 8.38 pagi semalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Bayi lelaki tersebut merupakan bayi ke-20 dilahirkan menerusi rawatan In-Vitro Fertilization (IVF) pada tahun ini manakala keseluruhannya merupakan yang ke-118 sejak perkhidmatan itu ditawarkan di HSNZ pada 2009.
Bayi tersebut merupakan pertama lahir melalui teknik Pemindahan Embryo Beku setelah enam tahun dibekukan. Prosedur Frozen-Thaw Embryo Transfer (FET) ini kebiasaannya dilakukan dalam tempoh purata satu hingga tiga tahun dari tempoh pembekuan maksima iaitu lima tahun.
--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA TERENGGANU, 8 Okt -- Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini melakar sejarah apabila bayi pertama hasil prosedur pemindahan embrio yang dibekukan (FET) selama enam tahun selamat dilahirkan dihospital itu semalam.
Kelahiran bayi lelaki itu bukan sahaja menggembirakan ibu bapanya, Mohd Yuhairi Haniff Yoon, 37, dan Noor'adn Muhammad, 38, malah turut menggembirakan warga kerja HSNZ kerana ia menjadi satu lagi kejayaan dalam kaedah persenyawaan In Vitro Fertilisation (IVF) atau dikenali bayi tabung uji di hospital berkenaan.
Ketua pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) hospital itu Dr Nasuha Yaacob berkata kebiasaannya, prosedur FET dilakukan dalam tempoh purata antara satu hingga tiga tahun dari tempoh pembekuan, dengan maksimum selama lima tahun.
"Pasangan ini bertuah kerana selepas dibekukan enam tahun, embrio ini masih berkualiti dan berjaya dilahirkan," katanya.
Beliau berkata bayi lelaki tersebut merupakan bayi ke-20 yang dilahirkan menerusi IVF pada tahun ini dan bayi yang ke-118 sejak Unit Perawatan Reproduktif HSNZ ditubuhkan pada tahun 2009.
Noor'adn berkata kelahiran bayi lelaki seberat 3.34 kilogram itu adalah anugerah Allah untuk beliau dan suami setelah menunggu lebih 13 tahun untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka.
"Saya mula menjalani rawatan IVF pada 2012 dan berjaya hamil pada tahun tersebut namun kandungan saya gugur pada usia dua bulan diikuti pada Julai 2013, kehamilan bayi kembar saya cuma bertahan pada usia 20 minggu.
"Selepas keguguran bayi kembar pada 2013 itu, memang saya sedikit trauma untuk meneruskan rawatan, setelah berbincang dengan suami, kami sepakat mahu mengambil masa selama lima tahun untuk berehat agar benar-benar bersedia mental dan fizikal untuk rawatan seterusnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru Serada itu berkata beliau sangat berterima kasih kepada HSNZ terutama kumpulan pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) yang diketuai Dr Nasuha Yaacob kerana melayannya dengan baik sepanjang rawatan.
"Selepas mengalami dua kali keguguran (terakhir 2013), saya mulakan lagi rawatan dengan embrio beku dimasukkan pada Disember 2018 namun gagal. Siapa sangka dalam percubaan kali keempat iaitu pada 27 Januari 2019, barulah saya disahkan hamil dua minggu kemudian.
"Sejak itu, saya mengambil cuti tanpa gaji dan mengamalkan pemakanan sihat serta mengelak perjalanan jarak jauh agar kandungan kali ini selamat dilahirkan," katanya yang belum memuktamadkan nama bayi sulung tersebut.
Di Malaysia, hanya terdapat empat hospital kerajaan yang menawarkan perubatan teknik IVF iaitu HSNZ bagi Zon Pantai Timur, Hospital Kuala Lumpur (Zon Tengah), Hospital Sultanah Bahiyah (Zon Utara) dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (Sabah dan Sarawak).
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN