Isu kesihatan pelajar mencabar sistem kesihatan dan pendidikan

Dr Lee Boon Chye

KUALA LUMPUR, 8 Okt -- Peningkatan kes merokok, penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar mencabar sistem kesihatan dan pendidikan negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata, dua tinjauan iaitu Global School Based Student Health Survey 2012 dan Adolescent Health Survey 2017, mendapati prevalen perokok semasa dalam kalangan remaja berusia 13 hingga 17 tahun meningkat daripada 11.5 peratus kepada 13.8 peratus.

“Prevalen remaja yang pernah berniat membunuh diri juga meningkat dari 7.9 peratus kepada 10 peratus, manakala prevalen pengambilan dadah semasa meningkat daripada 1.5 peratus kepada 3.4 peratus selain masalah obesiti dan penggunaan vape.

“Disebabkan angka-angka ini, adalah penting promosi kesihatan di institusi pendidikan diadakan kerana pelajar adalah ‘capture audience’ yang terbaik dalam menyampaikan maklumat kesihatan iaitu mereka terima maklumat dan disampaikan kepada rakan sebaya dan ibu bapa,” katanya pada satu sesi forum antara kementeriannya dan Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

Contohnya, Program Tunas Doktor Muda bagi tahun 2018 mencapai 85 peratus pelaksanaannya dan ia bukti keberhasilan aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan dalam kalangan kanak-kanak pra-sekolah, katanya lagi.

Forum itu diadakan sempena Simposium Health Promotion in Learning Institution (HePiLI) peringkat kebangsaan 2019 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, bertemakan ‘Memperkukuh Komuniti Institusi Pendidikan Ke Arah Cara Hidup Sihat’ dan disertai lebih 500 peserta dari kalangan guru dan anggota kesihatan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching pada forum sama berkata, kementerianya turut menitikberatkan aspek kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan sedang berusaha meningkatkan nisbah seorang guru kaunseling bagi 250 pelajar sekolah rendah dan menengah.

Teo berkata, KPM juga telah memulakan projek rintis Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) untuk membantu pelajar berisiko tinggi dalam masalah kesihatan mental.

“Kita harap dengan (kejayaan) projek rintis ini, ia akan diperluas di semua sekolah supaya kita boleh bekerjasama dengan kepakaran sedia ada untuk membantu golongan yang memerlukan perhatian lebih,” kata Teo.

Dalam perkembangan lain, Dr Lee berkata kementerian masih mengkaji pengawalseliaan isu penggunaan rokok elektronik atau vape menerusi jawatankuasa khusus yang ditubuhkan Jun lepas.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan melarang penggunaan vape dalam negara, beliau secara ringkas berkata: KKM adakan satu jawatankuasa khas khusus soal vape dan rokok dan dalam rancangan untuk wujudkan satu rang undang-undang khas untuk mengawal vape dan rokok.

KKM juga mengenalpasti iklan promosi vape dalam laman sosial yang menyasarkan golongan remaja sekolah dan dalam usaha menyekat talian berkenaan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Achy, Creaky Joint Pain In The Elderly

By Nabilah Saleh 

KUALA LUMPUR (Bernama) –  Osteoarthritis (OA) is the most common form of arthritis and seen increasing due to population ageing. 

The disease occurs when the cartilage protecting the ends of bones wears down over time. 

Although osteoarthritis can damage any joint, the disorder commonly affects joints in the knees, ankles, hips, spine, hands and shoulders.

read more ››

IN FOCUS

In Focus : UMSC Raya Open House 2018


In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1

In Focus : UMSC - Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 2

In Focus : UMSC - Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 1