APM Barat Daya terima dua 'Ambulans Basikal'



GEORGE TOWN, 9 Okt -- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Barat Daya hari ini menerima dua ‘Ambulans Basikal’ bernilai RM9,500 disumbangkan  Yayasan Mah Sing.

Basikal itu, masing-masing dilengkapi lampu kecemasan, siren dan peralatan perubatan, diserahkan oleh Pengurus Besar Kanan Mah Sing Wilayah Utara Lai Kok Soon kepada Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Operasi APM, Leftenan Kolonel Mohd Rosman Abdullah.

Majlis penyerahan itu yang berlangsung di pejabat Mah Sing di Batu Maung, di sini disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan negeri Datuk Abdul Halim Hussain.

Bercakap pada majlis itu, Abdul Halim berkata ambulans basikal akan berperanan sebagai kenderaan rendah karbon yang efektif untuk kakitangan APM tiba ke lokasi kecemasan sehingga ke Batu Maung atau mana-mana lokasi dalam daerah itu yang berlaku kecemasan.

“Ambulans basikal ini juga sangat efektif untuk digunakan ketika program kayuhan dan larian, terutama apabila jalan raya ditutup atau terlalu sempit untuk ambulans.

Sementara itu, Lai berkata Yayasan Mah Sing bersetuju menyumbang ambulans basikal itu selepas APM menyuarakan idea yang selari dengan nilai dan teras yayasan itu.

“Bagi tanggungjawab sosial korporat, kami ingin menyokong dan memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2