Bayi sesak nafas dikejarkan ke hospital melalui penerbangan ihsan



GUA MUSANG, 9 Okt  -- Seorang bayi lelaki berusia satu tahun dua bulan dari Kampung Piyel, Pos Bihai dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) menggunakan penerbangan ihsan Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini ekoran sesak nafas.

Pegawai Perhubungan Awam, Pangkalan Udara JBPM Subang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Farhan Marzuki berkata, bayi Orang Asli itu, Aga Nazri Seri Wangi diberi keutamaan untuk penerbangan ihsan selepas dimaklumkan Jabatan Kemajuan Orang Asli, Gombak pada pukul 10 pagi.

Beliau berkata penerbangan ihsan menggunakan kru pesawat A109E berlepas dari Pangkalan Udara Subang jam 12.26 tengah hari dan mendarat di Kampung Piyel, Pos Bihai jam 1.30 tengah hari untuk mengambil bayi berkenaan yang sakit sejak dua hari lepas. 

Katanya, pesawat itu mendarat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang jam 1.55 tengah hari sebelum bayi terbabit dikejarkan ke HGM.

"Kita dimaklumkan bayi itu tidak boleh dihantar ke HGM melalui jalan darat kerana rosak teruk dan penghantaran memerlukan penerbangan ihsan," katanya.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018