KWSP: Pengeluaran untuk rawatan kesuburan 



KUALA LUMPUR, 11 Okt  -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2020 bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama berkata pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000, yang diberikan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit serius, akan diperluaskan untuk merangkumi kos rawatan kesuburan.

“Hari ini kadar kesuburan di Malaysia telah menurun dengan ketara daripada 4.9 bayi pada tahun 70-an kepada 1.9 bayi bagi setiap wanita, iaitu di bawah paras penggantian,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Lim berkata mulai Januari tahun depan, MySalam iaitu skim perlindungan kesihatan takaful percuma, dipanjangkan kepada perlindungan ke atas 45 penyakit kritikal, termasuk penyakit terminal dan polio, berbanding hanya 36 penyakit sedia ada.

Lim berkata MySalam turut memanfaatkan kepada individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000. Mereka akan menerima bayaran penyakit kritikal sebanyak RM4,000 dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, apabila didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan.

“Ia juga diperluaskan kepada individu yang berumur sehingga 65 tahun berbanding dengan 55 tahun sekarang, yang akan memberi manfaat tambahan kepada 1.5 juta individu,” katanya.

Dalam pada itu Lim berkata kerajaan akan memperluaskan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) kepada individu yang berumur 40 tahun dan ke atas mulai tahun depan.

Jelasnya setakat ini, 100,000 individu telah memperoleh manfaat daripada inisiatif itu yang menyediakan pemeriksaan dan intervensi awal, bagi mengesan penyakit tidak berjangkit, seperti kesihatan mental dan kanser untuk mereka berusia antara 50 tahun hingga 60 tahun.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2