Hampir 1,000 pesakit mendapatkan perkhidmatan kepakaran paliatif di HSB



ALOR SETAR, 12 Okt -- Hampir 1,000 pesakit telah dan sedang mendapatkan perkhidmatan kepakaran paliatif di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sejak 2015 hingga kini sebagai usaha untuk meringankan kesakitan dan penderitaan yang dialami oleh penghidap penyakit kanser tahap tiga dan empat.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata penjagaan paliatif merupakan perkhidmatan yang menyediakan sokongan lapisan tambahan untuk pesakit, keluarga mereka dan pemberi penjagaan bagi setiap peringkat penyakit berbahaya yang dialami seseorang seperti kanser, kegagalan organ atau gangguan neurologi progresif. 

"Mengikut perkiraan, seramai 100,000 rakyat Malaysia yang memerlukan penjagaan paliatif ini di mana kurang 9,000 pesakit adalah dari Kedah. Daripada jumlah itu, seramai 925 pesakit mendapatkan perkhidmatan subkepakaran paliatif di HSB manakala baki yang lain mendapatkan kepakaran di hospital-hospital lain.

" Perkhidmatan paliatif di HSB bermula pada akhir 2015 di mana penyediaan rujukan servis pesakit dalaman di HSB dan klinik untuk pesakit luar disediakan. Pada April 2016, dua katil khusus untuk pesakit paliatif disediakan sebelum servis lawatan rumah untuk pesakit yang mempunyai keperluan pakar paliatif di rumah dikembangkan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dr Norhizan berkata pada tahun lepas, Kumpulan Sokongan Paliatif HSB yang dianggotai ahli perawat kesihatan, pegawai sosial perubatan, ahli fisioterapi, ahli pemulih cara kerja dan kaunselor telah ditubuhkan yang mana kumpulan ini bertindak untuk membantu keperluan emosi, sosial dan memberi sokongan kepada pesakit dan keluarga.

"Kita turut mengadakan perjumpaan untuk pesakit dan keluarga setiap bulan selain meminjamkan alatan seperti mesin oksigen untuk pesakit yang berada di rumah. Sehingga kini, terdapat sebanyak 15 mesin 'oxygen concentrator' yang digunakan untuk membantu pesakit," katanya.

Terdahulu, lebih 200 peserta daripada pelbagai lapisan peringkat umur dan masyarakat menyertai acara larian sejauh lima kilometer bersempena Palliative Care Awarness Day 2019 peringkat negeri Kedah di HSB yang dilepaskan oleh Timbalan Pengarah Perubatan I HSB Dr Farique Rizal Abd Hamid.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2