Peruntukan naik taraf HTAR akan digunakan sebaiknya - Pengarah Kesihatan Selangor

SHAH ALAM, 12 Okt -- Peruntukan bagi menaik taraf Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR), yang dimumkan  dalam Belanjawan 2020 semalam, akan digunakan sebaiknya, kata Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim.

Beliau berkata pihaknya akan menumpukan peruntukan itu bagi menaik taraf kemudahan di wad pesakit selain meluaskan kawasan letak kereta hospital tersebut.

"Dua perkara itu menjadi sasaran utama  memandangkan HTAR mempunyai bilangan pesakit teramai di negeri Selangor.

“Selain kawasan parking kereta yang agak sesak, peralatan dan kemudahan di dalam wad sudah agak lama, jadi dengan peruntukan itu ada yang boleh di ganti bagi keselesaan pesakit, " katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya amat berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan yang menyediakan peruntukan itu bagi manfaat penduduk terutamanya di Klang dan kawasan sekitarnya.

Jelasnya, dengan menaik taraf hospital itu penduduk akan dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih baik.

"Peruntukan ini amat bermakna memandangkan HTAR adalah hospital tumpuan selain ia dikenali sebagai hospital negeri di Selangor ini,” katanya.

Semalam, menerusi belanjawan yang bertemakan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, mengumumkan peruntukan RM1.6 bilion  bagi pembinaan  hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada, termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kampar, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2