Perlu tingkat kesedaran penjagaan paliatif di Malaysia - Lee



GEORGE TOWN, 13 Okt -- Kesedaran mengenai kepentingan penjagaan paliatif perlu ditingkatkan dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata penjagaan paliatif penting bagi memberi keselesaan dan kelegaan kepada pesakit yang berhadapan penyakit yang mengancam nyawa.

“Objektif (penjagaan paliatif) adalah untuk memberi keselesaan dan kelegaan berikutan penyakit yang dihidapi selain memberi sokongan spiritual dan psikososial kepada kedua-dua pihak, pesakit dan keluarga,” katanya ketika berucap pada jamuan malam sempena sambutan ulang tahun ke-15 Charis Hospice di sini, malam tadi.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan lebih banyak penglibatan daripada masyarakat dalam memberi pendidikan tentang kepentingan penjagaan paliatif kepada orang ramai sebelum menetapkan dasar bagi menjadikannya rawatan perubatan yang diperlukan di semua hospital dan klinik di seluruh negara.

"Tidak cukup hanya daripada kerajaan Persekutuan kerana penglibatan masyarakat juga penting agar kementerian dapat menyediakan penjagaan untuk pesakit dan keluarga mereka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah Charis Hospice Lee Khai berkata penjagaan paliatif membantu mengurangkan tekanan emosi pesakit dan keluarga kerana rawatan boleh dilakukan di rumah.

Bagaimanapun, beliau berkata stigma sosial yang tinggi berkaitan penjagaan paliatif dan kematian di Malaysia menjadikan masyarakat mengelak daripada membincangkan mengenai perkara itu.

“Kita semua pasti akan mati, pantang larang ini mempunyai kesan negatif termasuk menafikan peluang pesakit untuk bersedia menghadapi kematian,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2