Pencemaran plastik, apa yang anda boleh bantu?

Gambar fail Bernama

Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli

KUALA LUMPUR, 13 Okt -- Tabung Alam Sedunia (WWF) menyatakan terdapat kira-kira 150 juta tan metrik sisa plastik di laut menjejaskan kehidupan marin dan sekiranya masalah ini tidak ditangani secara berkesan, dianggarkan lapan juta tan metrik sisa plastik berakhir di lautan.

Pengurus Korporat Libat Urus Program Pasaran Mampan WWF Malaysia Jazlyn Lee berkata semua pihak - daripada pemain industri kepada agensi kerajaan dan pengguna - mempunyai peranan dalam menangani pencemaran plastik.

Beliau berkata pengguna berada di barisan hadapan gerakan untuk mengurangkan jumlah penggunaan plastik serta mendesak syarikat terlibat memperbaiki reka bentuk produk dan pembungkusan mereka.

“Sebagai pengguna, kita juga boleh cuba menjangkau pembuat dasar untuk perubahan, selain pengeluar dan syarikat. Sekiranya tiada permintaan, syarikat dan pemain industri pastinya perlu melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan pengguna,” katanya kepada Bernama di luar persidangan ‘Sustainable Brands Kuala Lumpur 2019’ (SB19KL) di sini baru-baru ini.

Beliau berkata mengurangkan pengeluaran plastik bukan hanya tanggungjawab pengeluar tetapi juga syarikat jenama pengguna.

Syarikat-syarikat jenama harus mula melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membantu dalam reka bentuk untuk pembungkusan lebih baik.

“Asia tenggelam dalam sisa plastik,” kata pensyarah Fakulti Pengajian Global Universiti Thammasat, Chris Oestereich dalam pembentangannya pada SB19KL, sambil memetik ‘Our World in Data’ yang mencadangkan Asia mendominasi dari segi sisa plastik yang dibuang ke laut.

Asia mewakili 86 peratus daripada jumlah global, di hadapan Afrika pada 7.8 peratus, Amerika Selatan 4.8 peratus, manakala Amerika Tengah dan Amerika Utara, Eropah dan wilayah Australia-Pasifik secara kolektifnya menyumbang lebih daripada satu peratus daripada keseluruhan dunia, katanya.

Walaupun negara-negara berpendapatan tinggi menghasilkan lebih banyak sisa plastik bagi setiap seorang, mereka mempunyai sistem pengurusan sisa yang efektif yang mana sisa yang tidak diurus dengan baik dan plastik yang berakhir di laut jarang berlaku, katanya.

Bagaimanapun, beliau menambah memandangkan Asia terdiri daripada banyak negara berpendapatan sederhana dan rendah dengan pengurusan sisa yang lemah, ini adalah punca utama pencemaran plastik di lautan di rantau ini.

Sejak 2009, beberapa negeri di Malaysia telah mula menangani pencemaran plastik dengan Pulau Pinang menjadi negeri pertama memperkenalkan kempen ‘Tiada Beg Plastik Percuma' setiap Sabtu dan mengenakan caj 20 sen bagi setiap beg plastik.

Melaka pula memperkenalkan ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad pada 2014 manakala setiap hari bermula Januari 2016.

Selangor turut mengikut langkah Pulau Pinang apabila mengadakan kempen ‘Tiada Beg Plastik Percuma’ setiap Sabtu pada Januari 2010 sebelum dikuatkuasakan setiap hari bermula Januari 2017 dan menjual pada harga 20 sen bagi satu beg plastik.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1