BALIK PULAU, 13 Okt -- Seramai 150 sukarelawan dari sembilan perkumpulan berhasil mengumpulkan kira-kira 300 kg sisa kitar semula di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu dekat sini, hari ini.
Para wakil dari Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor), CPI Penang, Persatuan Nelayan Sungai Batu serta para pelajar dan penduduk setempat membersihkan kira-kira 250 meter pantai di situ di bawah program perlindungan alam sekitar Eco Frenz.
Pengarah bersekutu Perangsang Selangor, Mohd Fauzi Mohd Ghazali berkata, semua sisa kitar semula itu dikutip dalam tempoh setengah jam dengan kebanyakannya terdiri daripada plastik.
Mohd Fauzi berkata, program perlindungan alam sekitar itu hari ini adalah bagi menggalak dan mendidik orang ramai terutama generasi muda supaya mengamalkan tabiat menjaga alam sekitar agar selamat dan bersih.
“Sebagai Debian Bayan korporat yang bertanggungjawab dalam memastikan kelestarian di Salam aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial, maka program ‘Menghormati Alam Sekitar Semula Jadi’ ini adalah bukti kesungguhan dan komitednya Perangsang Selangor dalam usaha memelihara dan memulihara alam semula jadi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau juga berkata, ini adalah inisiatif kesedaran alam sekitar kali ketiga diadakan tahun ini, memandangkan Perangsang Selangor telah mengadakan program menanam pokok di Johor dan aktiviti pengasingan sampah di Pulau Ketam, Selangor.
“Kita akan mempunyai program lain di Kampung Sungai Sireh di Klang pada bulan hadapan, di mana para sukarelawaan akan membersihkan tebing sungai itu dan membantu 150 nelayan dengan meningkatkan kemudahan bagi mereka,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN