GEORGE TOWN, 13 Okt -- Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Dunia, Pulau Pinang mempelawa kaum wanita menjalani pemeriksaan “Mammo-Penang”, satu program yang menawarkan pemeriksaan ujian mammogram secara percuma di bawah inisiatif kerajaan negeri.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow hari ini berkata program yang dilancarkan pada bulan Mac lepas itu berjaya menarik penyertaan 1,565 wanita Pulau Pinang berumur 35 tahun keatas untuk menjalani ujian mammogram di pusat-pusat perubatan berdaftar di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Beliau berkata lebih separuh daripada wanita yang mendaftar telahpun menjalani pemeriksaan mammogram, dengan hanya 16 dirujuk ke hospital atau pusat perubatan untuk siasatan lanjut.
“Sewaktu kerajaan, profesional rawatan kesihatan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan terus berusaha menambah baik infrastruktur pendidikan, penyelidikan dan rawatan kanser, setiap rakyat Malaysia harus turut memainkan peranan dalam memerangi kanser payu dara ini dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya dalam ucapan perasmian program Pink October 2019 here.
Sementara itu Pengerusi Lembaga Penasihat Hospital Gleneagles Pulau Pinang Datuk Dr Lai Yoon Kee berkata 43 peratus daripada kes-kes kanser payudara di Malaysia lambat dikesan, biasanya apabila tahapnya sudah mencapai peringkat tiga atau empat.
Lai berkata salahs atu sebabnya adalah ramai wanita memilih untuk tidak menghiraukan pemeriksaan mammogram tahunan mereka disebabkan jahil atau bimbang.
“Di Malaysia, penyakit kanser adalah punca kematian keempat tertinggi, dan ia dianggarkan meningkat lebih 55,000 kes baru dikesan menjelang 2030,” katanya.
Katanya beliau berharap supaya lebih ramai kaum wanita tampil menjalani pemeriksaan bagi mengesan sebarang gejala kanser payu dara, meningkatkan pendidikan kesihatan terutama di luar bandar, di samping berusaha mengurangkan jumlah kes penyakit tidak berjangkit tahunan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN