Pelaksanaan 5G, haram jual vape, tumpuan Dewan Rakyat



KUALA LUMPUR, 14 Okt -- Kesediaan kerajaan dalam pelaksanaan teknologi jalur lebar 5G dan sama ada wujud perancangan bagi menghalang penjualan vape, bakal diketahui pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam aturan mesyuarat dikeluarkan laman web Parlimen, perkara berkaitan 5G dibangkitkan pada soalan pertama sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan oleh Teh Kok Lim (PH-Taiping), yang diajukan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Turut dijangka mencuri perhatian adalah soalan dari Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) yang meminta pendirian Kementerian Kesihatan, untuk menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik dan "vape" secara menyeluruh, ataupun membendung jualan bahan berkenaan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah, memandangkan bahaya bahan itu daripada aspek kesihatan.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada soalan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr  Mahathir (PH-Jerlun) yang meminta penjelasan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai negeri- negeri yang di luar “laluan pelancongan”, sama ada akan mendapat manfaat daripada Tahun Melawat Malaysia 2020.

Usai sesi tersebut, Dewan Rakyat akan menyambung pula sesi perbahasan bacaan kali kedua bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, yang berkisar kepada Belanjawan 2020 yang dibentangkan Jumaat lepas.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2